Kelantan wajibkan kakitangan suntik vaksin atau kena tindakan tatatertib

November 3, 2021 · Isu semasa

Kelantan menjadi negeri pertama mewajibkan semua kakitangan kerajaan negeri mengambil suntikan vaksin Covid-19 atau dikenakan tindakan tatatertib jika gagal berbuat demikian.

Sehingga kini, kira-kira 20 peratus daripada penjawat awam negeri masih belum mengambil suntikan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin.

Keputusan itu, katanya dicapai pada mesyuarat Exco Negeri hari ini.

Beliau memberi amaran tindakan tatatertib akan diambil terhadap mana-mana penjawat awam yang gagal berbuat demikian, tetapi kerajaan negeri belum menetapkan tempoh tertentu untuk tujuan itu.

“Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini sebagai langkah menzahirkan komitmen pimpinan kerajaan untuk memastikan agenda tercapai.

“Langkah itu juga merupakan sebagai usaha kerajaan bagi memastikan Kelantan dapat beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan MABNA, Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Dr Izani juga menggesa penduduk Kelantan mengambil suntikan vaksin bagi mempercepatkan agenda kerajaan dalam melaksanakan PPN.

Beliau berkata sehingga kini 86 peratus daripada penduduk Kelantan telah lengkap divaksinasi, manakala 90 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam, negeri itu merekodkan 688 jangkitan baharu, meningkat berbanding 461 kes yang dilaporkan pada Isnin.

Kelantan juga mencatatkan 5,160 kes aktif Covid-19, dengan 3,824 individu menjalani kuarantin di rumah, 733 ditempatkan di PKRC, 555 dirawat di hospital, dan 48 dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Sejak awal tahun lalu sehingga semalam, negeri itu turut mencatat 140,189 kes positif, dengan 134,020 pesakit telah sembuh, dan 1,038 kematian.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Zeti beritahu saya Najib banyak duit dalam akaun: Dr M
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok