Kelantan rancang beri vaksin rumah ke rumah September

June 14, 2021 · Isu semasa

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) merancang melaksanakan program pemberian vaksin Covid-19 dari rumah ke rumah menjelang September atau Oktober depan, kata Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata pihaknya bercadang memulakan kaedah itu setelah proses vaksinasi melalui pusat pemberian vaksin (PPV) awam dan PPV sementara sedia ada termasuk program Outreach, selesai.

“Sekiranya, ia (Program Outreach) dapat diselesaikan dengan cepat kita akan memulakan pemberian vaksin dari rumah ke rumah untuk Orang Kurang Upaya (OKU), terlantar dan sebagainya menjelang September atau Oktober nanti jika tiada masalah bekalan vaksin,” katanya hari ini.

Beliau mengulas laporan berita mengenai bekas atlet negara yang diusung anggota bomba ke PPV bagi mendapatkan suntikan vaksin serta tular di media sosial dan menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet mengenai tindakan pihak berkaitan yang tidak mengatur pemberian vaksin di rumah bekas atlet terbabit.

Memetik laporan Bernama Dr Zaini berkata pemberian vaksin dari rumah ke rumah akan membabitkan jumlah petugas yang banyak membabitkan jururawat, pemandu dan lain-lain untuk ke setiap rumah.

Dalam perkembangan sama, Dr Zaini turut memaklumkan sehingga kini seramai 145,447 individu telah menerima dos pertama vaksin masing-masing manakala 64,943 selesai dos kedua di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat Kelantan.

Sementara itu di Padang Rengas, Perak, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata isu vaksin untuk keseluruhan kira-kira 40,000 warga pendidik di negeri itu telah dibawa ke pihak atasan untuk dipertimbangkan.

“Saya telah membangkitkan isu vaksinasi membabitkan guru dalam mesyuarat exco minggu lepas. Kerajaan negeri dan Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad memberikan jaminan sekiranya vaksin yang diterima minggu depan, golongan guru akan diutamakan bagi mendapatkan vaksinasi,” katanya.

Ahmad Saidi berkata kerajaan negeri Perak juga baru saja melancarkan program vaksinasi secara pandu lalu dan beliau telah mohon untuk memasukkan golongan pendidikan dalam program berkenaan.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
RM86.7 bilion dibelanja pada suku pertama: Kementerian Kewangan
July 27, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
4 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
4 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok