Kelantan penyumbang kluster komuniti tertinggi hari ini

September 14, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan seramai 18,053 pesakit Covid-19 di seluruh negara disahkan sembuh dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menjadikan keseluruhan pesakit sembuh daripada jangkitan Covid-19 sejak awal tahun lalu kepada lebih 1.76 juta kes, berbanding kumulatif positif sebanyak 2,011,440 kes.

Menurutnya seramai 1,266 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 954 pesakit disahkan dijangkiti Covid-19, manakala 312 masih dalam siasatan, disyaki atau kemungkinan dijangkiti virus itu.

Sehingga kini, katanya 689 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan dan daripada jumlah itu 432 disahkan dijangkiti Covid-19, manakala 257 lagi masih dalam siasatan, disyaki dan kemungkinan dijangkiti.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham memaklumkan KKM mengesan 29 lagi kluster baharu menjadikan keseluruhannya 5,182 kluster dengan 3,734 telah ditamatkan dan 1,448 kluster masih aktif.

Berdasarkan data yang dikeluarkan, 14 kluster baharu membabitkan tempat kerja, komuniti (12 kluster), dan tiga kluster kumpulan berisiko tinggi di Sarawak, Johor, dan Kuala Lumpur.

Johor dan Perak masing-masing merekodkan empat kluster tempat kerja, diikuti masing-masing dua kluster di Selangor dan Pahang, serta masing-masing satu di Pulau Pinang dan Kelantan.

Daripada 12 kluster komuniti pula, sembilan dicatatkan di Kelantan, Sarawak (dua), dan Pahang (satu).

Terdahulu Dr Noor Hisham memaklumkan dalam tempoh 24 jam itu, 15,669 jangkitan baharu direkodkan, termasuk membabitkan 1,490 warganegara asing.

Daripada jumlah kes harian itu, 283 kes atau 1.8 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 15,386 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Berita berkaitan
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Sempadan China dibuka semula ketika kes Covid-19 semakin meningkat
January 8, 2023· Dunia
Tak perlu SOP ketat dikenakan kepada pengembara China: Menteri Pelancongan
January 7, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023
Izzah pastikan tender teratur, itu sahaja: Anwar
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
2 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
2 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
5 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
5 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
39 minit lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok