Kelantan masih catat kluster tertinggi

October 4, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan 15 lagi kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan keseluruhannya sejak awal tahun lalu sebanyak 5,522 kluster dengan 4,533 telah ditamatkan dan 989 kluster lagi masih aktif.

Tujuh daripada kluster baharu itu membabitkan tempat kerja, komuniti (enam), dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan institusi pendidikan swasta di bawah Kementerian Pendidikan.

Kelantan yang merekodkan peningkatan jangkitan baharu hari ini sebanyak 1,020 kes berbanding 796 semalam, mencatatkan jumlah terbanyak kluster membabitkan penularan dalam komuniti, tempat kerja, dan institusi pendidikan swasta.

Negeri itu hari ini melaporkan lima kluster komuniti dengan 50 jangkitan membabitkan daerah Bachok, Pasir Puteh, Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas, manakala satu kluster tempat kerja melibatkan 19 individu, dan satu kluster institusi pendidikan di Kota Bharu dengan sembilan jangkitan.

Kluster tempat kerja juga turut dilaporkan masing-masing dua di Perak (92 jangkitan) dan Sabah (91 jangkitan), serta satu di Johor (15 jangkitan) yang turut mencatatkan satu kluster komuniti di Kluang (13 Jangkitan).

Satu kluster kumpulan berisiko tinggi dilaporkan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, melibatkan 19 individu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 15,456 pesakit Covid-19 disahkan sembuh dalam tempoh 24 jam ini.

Angka kes sembuh kini meningkat kepada 2,116,021 berbanding 2,285,640 kes positif yang direkodkan sejak awal tahun lalu.

Beliau juga memaklumkan daripada 8,075 kes baharu yang dicatat hari ini, 823 membabitkan bukan warganegara Malaysia.

Daripada jumlah itu juga katanya, 160 kes atau 2.0 peratus terdiri daripada pesakit kategori 3, 4, dan 5; manakala 7,915 kes (98.0 peratus) lagi adalah kategori 1 dan 2.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Bentang kertas putih skandal kapal tempur tak siap, duit rakyat lesap
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
9 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
9 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
9 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
9 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok