Kelantan dijangka capai imuniti kelompok Oktober

June 17, 2021 · Isu semasa

Kelantan dijangka mencapai imuniti kelompok pada Oktober ini yang akan membabitkan 1.2 juta penduduk susulan penambahan bekalan vaksin sebanyak 550,000 dos bulan depan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata sehingga kini lebih 42 peratus rakyat di negeri itu sudah mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Beliau berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan sasaran kerajaan negeri untuk memberikan 30,000 dos vaksin kepada penduduk setiap hari mulai bulan depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata beliau melihat perkembangan imunisasi di Kelantan sangat baik dengan peningkatan kadar suntikan harian mencecah 12,000.

“Saya yakin sasaran kerajaan negeri untuk melakukan suntikan 30,000 sehari tercapai. Pada bulan hadapan, kita akan menghantar 550,000 dos vaksin ke Kelantan.

“Jumlah dos itu membolehkan Kelantan meningkatkan jumlah suntikan. Sekiranya tidak mampu mencapai 30,000 sehari, sekurang-kurangnya ia mampu meningkatkan jumlah suntikan vaksin,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan.

Khairy berkata, Kelantan turut memohon untuk menambah lima Pusat Pemberian Vaksin (PPV) termasuk di Bachok, Kuala Krai, Machang dan Pasir Mas serta penambahan PPV klinik dan hospital swasta.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
21 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok