Kelantan catat lebih 230 peratus peningkatan kes denggi tahun ini

August 13, 2022 · Isu semasa

Jumlah kes denggi terkumpul di Kelantan pada minggu epidemiologi (ME) 31 tahun ini ialah 436 kes, meningkat 232.82 peratus berbanding 131 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin berkata, bagaimanapun jumlah kes denggi bagi ME 31 (31 Julai-6 Ogos) menurun kepada 19 daripada 35 kes pada ME 30.

“Setakat ini, terdapat dua kes kematian akibat denggi dicatatkan manakala sifar kematian bagi tempoh yang sama, tahun lepas.

“Pada tahun ini juga terdapat 22 episod wabak denggi telah dilaporkan di Kelantan berbanding enam episod bagi tempoh yang sama tahun lepas,” katanya menurut Bernama.

Dr Izani berkata pada masa ini terdapat empat wabak denggi aktif di Kelantan iaitu di Gemang Baru di Jeli serta Taman Sri Mahang, Taman Satria dan Dusun Muda di Kota Bharu.

“Hasil pemeriksaan pembiakan Aedes ke atas 142,188 premis atau rumah kediaman pula mendapati sebanyak 5,025 premis mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik.

“Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan juga telah mengeluarkan 900 kompaun yang dicadang dengan nilai RM450,000 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975.

“… iaitu jika rumah kediaman seseorang itu berada di kawasan wabak denggi dan hasil pemeriksaan menjumpai pembiakan nyamuk aedes maka kompaun (saman) maksimum sebanyak RM500 akan dikeluarkan (tidak dibenarkan untuk rayuan pengurangan),” katanya.

Beliau berkata setakat ini juga sebanyak 99 Notis Seksyen 8 APSPP telah dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi menjadi pembiakan Aedes.

Berita berkaitan
Adalah tak munasabah UMNO-BN bolot banyak kerusi, kata PH Kelantan
22 jam lalu· Politik
Bersatu akan tanding di Terengganu, Kelantan kata PAS
June 3, 2023· Politik
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023· Isu semasa
Kenapa Anwar tak minta Zahid lepas jawatan sehingga kes mahkamah selesai?
May 31, 2023· Politik
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
12 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
12 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok