Kelantan arah masjid, surau mukim ditutup

April 20, 2021 · Isu semasa

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan semua masjid mukim, surau dan musolla di negeri itu ditutup daripada semua aktiviti, termasuk solat fardu, solat Jumaat dan solat Tarawih, mulai esok.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz bagaimanapun berkata, masjid negeri, bandar dan jajahan dibenar setakat 50 peratus daripada kapasiti masjid selepas penjarakan.

“Aktiviti lain termasuk tazkirah, tadarus al-Quran, iktikaf dan lain-lain tidak dibenarkan. Jemaah hendaklah berada dalam saf dengan penjarakan dua meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan semua pihak supaya mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan.

Difahamkan, tindakan itu diambil susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat di Kelantan.

Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 429 jangkitan baharu di seluruh Kelantan dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari tadi.

Sembilan daerah pula masih diklasifikasikan sebagai zon merah membabitkan Kota Bharu; Bachok; Tumpat; Pasir Puteh; Machang; Pasir Mas; Tanah Merah; Kuala Krai dan Jeli.

Masjid bandar dan jajahan yang terbabit dalam arahan terbaharu ini ialah:

Masjid Muhammadi, Kota Bharu
Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian
Masjid Al-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan
Masjid Sultan Muhammad II, Telipot
Masjid Sultan Mansor, Kampung Sireh
Masjid D’Raja Long Yunus, Langgar
Masjid Bandar As-Salam, Pengkalan Chepa
Masjid Ismaili Jajahan Tumpat
Masjid Mahmoodi Jajahan Bachok
Masjid Ibrahimi Jajahan Pasir Puteh
Masjid Sultan Yahya Petra, Jajahan Machang
Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Jajahan Kuala Krai
Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Jajahan Gua Musang
Masjid Sultan Muhammad I, Jajahan Jeli
Masjid Sultan Muhammad III Jajahan Pasir Mas
Masjid Ismail Petra Jajahan Tanah Merah
Masjid Bandar An-Nur Guchil, Kuala Krai.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
RM86.7 bilion dibelanja pada suku pertama: Kementerian Kewangan
July 27, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
4 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
5 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok