Kekurangan hasil cukai boleh ditampung dengan GST, SST

October 22, 2021 · Isu semasa

Malaysia perlu mengkaji kemungkinan menyelaraskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk menampung kekurangan hasil cukai, menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Dalam laporannya mengenai Prospek Ekonomi Malaysia Suku Ketiga 2021, institut penyelidikan itu berkata langkah meneliti semula perbelanjaan amat diperlukan berikutan pinjaman dan mobilisasi hasil berkaitan minyak dan dana amanah awam seperti Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang melibatkan kepentingan generasi akan datang, terus meningkat.

Selain itu, katanya peranan sektor swasta sebagai pemacu utama ekonomi perlu terus diperkukuh.

“Walaupun GST dimansuhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan digantikan dengan SST yang tidak dapat meraih hasil yang mencukupi, pengekstrakan politik daripada sumber awam (dividen daripada Petronas, Bank Negara Malaysia dan syarikat berkaitan kerajaan) serta aset milik kerajaan turut digunakan untuk membiayai perbelanjaan kerajaan yang tinggi,” katanya lapor Bernama.

Menurut MIER, dasar monetari akomodatif yang berterusan bukan pilihan yang wajar pada suku tahun akan datang dan ‘dominasi fiskal’ yang berterusan dengan pakej rangsangan yang tidak terhad berikutan ruang fiskal dikekang oleh hasil bukan minyak yang rendah dan asas cukai yang berkurangan.

“Asas cukai yang berkurangan sebahagian besarnya disebabkan pengabaian penstabil automatik dalaman selepas PRU14 untuk pilihan wajar secara empirikal GST berasaskan penggunaan,” katanya.

GST mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April, 2015, pada kadar enam peratus, yang kemudian ditangguhkan pada 1 Jun, 2018 dan akhirnya dimansuhkan berikutan ia digantikan oleh sistem SST mulai 1 Sept, 2018.

Di bawah SST, kadar cukai semasa untuk cukai jualan adalah antara lima peratus dan 10 peratus manakala kadar cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus.

Menurut MIER, pengekstrakan politik daripada sumber milik awam, seperti melalui dividen yang tinggi daripada Petronas dan penggunaan sumber semula jadi, seperti balak, perlu dikurangkan, dengan mengambil kira generasi akan datang, ekuiti antara generasi dan kelestarian alam sekitar.

“Matlamat utama ialah kesejahteraan nasional, merangkumi kepuasan dan kebahagiaan kehidupan keluarga, pada masa depan,” katanya.

Dari segi penawaran, katanya pembaharuan struktur dan program penyelarasan jangka panjang perlu diperkukuh, memansuhkan halangan struktur kepada pertumbuhan mampan, rintangan infrastruktur, ketidaksempurnaan pasaran dan gangguan yang menghalang proses pertumbuhan.

“Tumpuan yang lebih baik perlu diberikan kepada penggunaan teknologi baharu, melaksanakan lebih banyak penyelidikan dan pembangunan, inovasi dan penjanaan idea baharu, melalui peningkatan kemahiran dan mengurangkan penghijrahan tenaga kerja,” katanya.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Kenaikan cukai SST akan bawa malapetaka kepada rakyat, kata Pemuda Ikatan
October 31, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok