Kekal aktif semasa PKP elak obesiti, hadkan aktiviti sedentari

July 10, 2021 · Isu semasa

Walaupun pergerakan kita agak terhad semasa pandemik Covid-19 ini, itu bukanlah alasan untuk kita tidak aktif. Kita harus kekal aktif supaya badan kita sentiasa cergas dan sihat di samping dapat mengawal berat badan.

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, banyak masa akan dihabiskan di rumah tetapi banyak  aktiviti yang boleh dilakukan supaya kekal aktif.

Menurut Pakar Bedah Am, Bariatrik, Payudara dan Endokrin Gleneagles Hospital Penang, Dr. Kirubakaran Malapan, penting untuk kita kekal aktif walaupun hanya berada di rumah.

“Mungkin sesetengah daripada kita menganggap isu kekal aktif, sihat dan bertenaga ketika tempoh ‘lockdown’ adalah satu perkara yang dianggap mudah tetapi tidak semua orang boleh mengamalkan dan mengekalkan momentum aktif dan sihat ini,” jelasnya.

Kini gaya hidup kebanyakan daripada kita sudah banyak berubah akibat pandemik Covid-19 yang memberi kesan besar kepada manusia. Bagaimanapun, seseorang itu perlu mengambil inisiatif sendiri untuk kekal aktif dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada dalam keadaan baik.

Walaupun berada di rumah atau bekerja dari rumah, Dr. Kirubakaran menasihatkan agar orang ramai mengehadkan aktiviti sedentari kepada dua jam sehari.

“Aktiviti ini termasuk mengurangkan menonton televisyen, melayari internet, bermain permainan komputer, baring atau duduk.

“Bagi warga emas atau golongan kurang upaya (OKU), anda boleh melakukan pelbagai regangan yang bersesuaian untuk terus kekal aktif. Misalnya, anda boleh berkebun atau melakukan kerja rumah tanpa bantuan mesin,” jelasnya.

Dalam pada itu, orang ramai digalakkan  melakukan senaman 30 minit sehari sebanyak lima hingga enam kali seminggu. Beliau berkata, orang ramai boleh melakukan lompat tali, menari atau menggunakan peralatan sukan yang sedia ada.

Bagi aktiviti fleksibiliti dan kekuatan otot, orang ramai digalakkan bersenam dua hingga tiga seminggu dengan melakukan yoga, push ups, sit ups dan dumbbell.

Elak makan lewat malam

Mengulas perubahan tabiat pemakanan termasuk makan lewat makan malam sepanjang PKP, beliau memberitahu, ia boleh mengakibatkan obesiti.

Beliau menjelaskan, rutin pemakanan pasti berubah apabila kita berada di rumah sepanjang hari.

“Jika tidak mengamalkan diet sihat seimbang dan senaman yang baik, masalah obesiti merupakan masalah paling mudah berlaku ketika musim ‘lockdown’ ini,” katanya.

Dr Kirubakaran berkata, budaya makan malam menyumbang pengambilan sajian berlebihan menyebabkan tubuh tidak menggunakan kalori berlebihan dan disimpan sebagai lemak dalam badan. Jelasnya, tabiat makan berlebihan antara punca obesiti yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat di negara ini.

Kesannya pada kesihatan apabila organ penghadaman dibebankan untuk proses pencernaan. Proses penghadaman tidak sempurna menyebabkan pertambahan lemah sekali gus meningkatkan berat badan.

“Ia akan menjadi lebih serius jika amalan tidak sihat tadi terus diamalkan tanpa henti untuk beberapa bulan lamanya sepanjang anda bekerja dari rumah,” katanya.

Jika dirujuk laporan WHO pada Feb 2020 jelas memperlihatkan betapa kritikalnya permasalahan ini berikutan obesiti telah mencapai peringkat epidemik secara global, dengan sekurang-kurangnya 2.8 juta orang meninggal dunia setiap tahun kerana lebihan berat badan atau obes.

Di Malaysia, hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati 50.1 peratus daripada orang dewasa mempunyai, sama ada berlebihan berat badan atau obes di mana 30.4 peratus adalah berlebihan berat badan manakala 19.7 peratus adalah obes.

“Oleh itu, individu yang mengalami masalah obesiti perlu bertindak sekarang, ubah gaya hidup, tukar kepada pemakanan sihat dan amalkan senaman setiap hari.

“Mulakan pelan baru untuk hidup sihat ini sekarang dan baca serta amalkan info-info yang telah dikongsikan ini serta tinggalkan tabiat pemakanan tidak sihat segera, kerana masalah NCD ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Kekal berada di rumah, kekal aktif dan kekal sihat,” ujarnya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Rumah lelong naik 20% : laporan
July 11, 2023· Isu semasa
Popular
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok