[KEMAS KINI] Kejutan lagi: Najib mohon Ketua Hakim Negara tarik diri

August 23, 2022 · Isu semasa

Satu lagi kejutan dalam rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak – dalam usahanya mengelak dihantar terus ke penjara jika rayuannya ditolak – berlaku ketika permulaan prosiding, hari ini (23 Ogos 2022).

Ia berlaku apabila pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri itu diketuai peguam Hisyam Teh Poh Teik memfailkan permohonan supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun, menarik diri daripada mendengar rayuan berkenaan.

Pada jam 9.45 pagi Hisyam Teh memberitahu mahkamah bahawa perayu (Najib) telah memfailkan permohonan lewat malam tadi untuk memohon Ketua Hakim Negara menarik diri daripada panel.

Beliau berkata salinan permohonan telah diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V Sithambaram yang mengetuai pendakwaan bangun dan berkata pihak pendakwaan belum menerima salinan permohonan yang sudah dimeteri.

Oleh itu katanya, sehingga salinan permohonan diserahkan kepada pendakwaan maka prosiding permohonan menarik diri itu tidak boleh dijalankan.

Hisyam juga menggesa mahkamah untuk menyelesaikan permohonan penarikan diri terlebih dahulu sebelum rayuan utama didengar, tetapi Tengku Maimun bertegas agar pihak pembelaan meneruskan penghujahannya mengenai rayuan utama.

“Kami di sini bukan untuk membuang masa,” kata Tengku Maimun.

Menurut Bernama, Tengku Maimun menyoal Hisyam sama ada pihak pembelaan ingin berhujah berhubung rayuan utama.

Hisyam menjawab: “Tidak”.

Mahkamah meneruskan persidangan dengan panel hakim lain membabitkan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim; hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Hakim Datuk Nalini Pathmanathan; Hakim Datuk Mary Lim Thiam Suan; dan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Najib dilihat duduk di galeri awam di dalam Mahkamah Persekutuan, sedang membaca beberapa dokumen.

Terdahulu Najib tiba di Mahkamah Persekutuan pada jam 9.20 pagi sambil melambai tangan kepada wartaan dan jurugambar yang menunggu.

Sejak jam 8.30 pagi, penyokong Najib telah berkumpul beramai-ramai di luar Istana Kehakiman. Kebanyakannya berpakaian hitam, beberapa penyokong kedengaran melaungkan “Hidup Bossku!”

Antara penyokongnya ialah sekumpulan ahli Wanita UMNO dari kampung halaman Najib di Pekan di Pahang.

Sejak jam 8.30 pagi tadi (23 Ogos 2022), penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkumpul beramai-ramai di luar Istana Kehakiman. – Gambar Heikal Rosli/Agenda Daily

Berita berkaitan
UMNO perlu keluar daripada kerajaan campuran, gesa akar umbi
August 14, 2023· Politik
1 sen pun keluarga tidak terima wang 1MDB : Zeti
July 27, 2023· Isu semasa
Derma kerabat diraja Arab Saudi tidak pernah didedah kepada BNM : Zeti
July 27, 2023· Isu semasa
1MDB: Najib mohon Hakim Collin tarik diri
July 27, 2023· Politik
Popular
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
4 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
4 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
1 jam lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok