Kejayaan PPN: Orang ramai sudah mula berbelanja, kata Muhyiddin

November 4, 2021 · Isu semasa

Usaha ke arah pemulihan negara tidak hanya boleh dilakukan oleh pihak kerajaan sebaliknya memerlukan sokongan semua pihak termasuk pihak swasta dan rakyat sendiri, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata pembukaan pelbagai sektor, khususnya ekonomi, pastinya memberi lebih sinar kepada semua, terutama golongan yang terjejas punca pendapatan mereka.

“Saya gembira melihat orang ramai sudah keluar berbelanja seperti biasa, termasuk penganut agama Hindu yang keluar membeli-belah sebagai persiapan menyambut perayaan ini,” katanya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada kaum India.

Menurutnya, sambutan Deepavali kali ini sememangnya berbeza daripada tahun lalu walaupun negara masih lagi berada dalam pandemik Covid-19, kerana perayaan itu boleh disambut bersama rakan, berbanding dalam kalangan keluarga sendiri sebelum ini.

“Ini merupakan hasil pelaksanaan dan kerjasama anda semua dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Jumlah populasi dewasa yang menerima dua dos vaksin lengkap sudah pun melebihi 95 peratus manakala sektor-sektor ekonomi dan sosial telah dibuka hampir sepenuhnya.

“Namun begitu, dalam kita meneruskan kehidupan seperti biasa dan meraikan apa sahaja perayaan, kita tidak boleh leka dan lupa bahawa virus Covid-19 masih lagi berada di sekeliling kita.

“Justeru, kita perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua,” katanya.

Muhyiddin mengingatkan orang ramai yang menyambut Deepavali supaya memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal, elakkan bersalaman dan sentiasa mencuci tangan menggunakan sanitizer.

“Bagi yang bergejala, duduk di rumah dan ambil ujian saringan sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok