Kejayaan Pelan Pemulihan Negara 1.0 hasil syor MPN: Tengku Zafrul

October 6, 2022 · Isu semasa

Kejayaan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara 1.0 (PPN 1.0) yang dilancarkan Julai tahun lalu adalah antara cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang diterima baik pelaksanaannya oleh kerajaan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz antara inisiatif dilaksanakan MPN, termasuk isu membabitkan kekurangan pekerja asing dari pelbagai sektor, terutama perladangan, yang dilaporkan mengalami kerugian hampir RM20 bilion tahun lalu.

“Selain itu cadangan disuarakan MPN ialah membabitkan isu keciciran pembelajaran akibat penutupan institusi pendidikan ketika tempoh pandemik Covid-19, isu pemerkasaan sekuriti dan bekalan makanan serta potensi produktiviti industri pelancongan.

“Untuk makluman, kejayaan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara 1.0 (PPN 1.0) yang dilancarkan pada Julai tahun lalu adalah antara cadangan MPN yang diterima baik pelaksanaannya oleh kerajaan.

“Sepanjang tahun 2022, MPN bermesyuarat sebanyak sembilan kali dan mencadangkan pelbagai cadangan dan inisiatif utama,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk membubarkan MPN memandangkan peranannya tidak membuahkan hasil.

Tengku Zafrul berkata kuasa bagi membubarkan MPN tertakluk kepada persetujuan Jemaah Menteri dan kerajaan.

Beliau berkata, MPN tidak mempunyai kuasa eksekutif dan hanya bertindak sebagai badan penasihat kepada kerajaan semata-mata.

“MPN ditubuhkan pada 21 Julai 2021 oleh Mesyuarat Jemaah Menteri melalui Memorandum Jemaah Menteri daripada Kementerian Kewangan dan kuasa membubarkannya tertakluk kepada Jemaah Menteri,” katanya menurut BH.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini mengakui beliau kecewa apabila hanya 16 daripada 69 perakuan berkaitan isu utama yang diusulkan majlis itu, dilaksanakan kerajaan.

Katanya, 30 daripada 69 perakuan berkenaan masih dalam pelaksanaan, 14 lagi belum dilaksanakan atau tiada maklum balas daripada kementerian atau agensi berkaitan, manakala sembilan lagi masih menunggu keputusan Kabinet.

Bagaimanapun, Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk mempersoalkan keberkesanan fungsi MPN setelah Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ditubuhkan dan menggesa MPN dibubarkan.

Gesaan itu dilihat sebagai usaha untuk mengetepikan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) serta Presiden Bersatu yang tidak disukai Zahid.

Untuk rekod, Zahid pernah mengetuai 15 Ahli Parlimen UMNO mengkhianati kerajaan PN pimpinan Muhyiddin dengan menarik balik sokongan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
3 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
9 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
15 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
16 jam lalu· Politik
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
7 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
9 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
16 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
18 jam lalu · Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
10 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok