Kejatuhan ringgit tidak menyebabkan krisis ekonomi bagi Malaysia: Tengku Zafrul

September 13, 2022 · Isu semasa

Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi meskipun penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS ketika ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, prestasi ringgit harus dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya dibandingkan dengan dolar AS kerana mata wang tempatan itu juga meningkat berbanding banyak mata wang utama lain di dunia, lapor Bernama.

Tengku Zafrul berkata ringgit menyusut sebanyak 7.5 peratus berbanding dolar AS sejak awal 2022, namun mata wang serantau dan negara maju lain juga turut mencatatkan penurunan yang sama.

“Contohnya, yen Jepun turun 19.2 peratus, yang terendah sejak 24 tahun lalu, pound sterling jatuh 14.4 peratus, terendah sejak 37 tahun dan Euro turun sebanyak 11.7 peratus, terendah semenjak 20 tahun yang lalu,” katanya menerusi hantaran video di laman media sosial beliau, hari ini.

Beliau berkata meskipun negara-negara tersebut turut mengalami penurunan nilai mata wang berbanding dolar AS, namun ia tidak mengalami krisis ekonomi termasuk di Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun.

Menurutnya lagi, jika dibandingkan dengan rakan dagang Malaysia dan mata wang lain, nilai ringgit telah meningkat.

Sebagai contoh, beliau berkata, ringgit melonjak sebanyak 14.2 peratus berbanding yen Jepun, meningkat 8.2 peratus berbanding pound sterling, (4.5 peratus) berbanding euro, (3.9 peratus) berbanding dolar New Zealand dan (7.2 peratus) berbanding won Korea.

“Yang penting, sebagai sebuah negara pengeksport, nilai ringgit yang rendah berbanding dolar AS juga memberi kesan positif kepada pendapatan eksport negara.

“Jadi jangan tengok pada satu aspek sahaja. Cuba tanya pengeksport Malaysia…depa (mereka) semua happy (gembira) sebab barangan eksport mereka menjadi lebih kompetitif,” ujarnya.

Selain itu, katanya, asas ekonomi negara yang terus kukuh juga penting dalam menentukan kekuatan ringgit.

Beliau berkata, keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berkembang bagi tiga suku tahun berturut-turut bermula pada suku keempat 2021 sebanyak 3.6 peratus, suku pertama 2022 (5.0 peratus) dan suku kedua 2022 (8.9 peratus).

Sementara itu Tengku Zafrul berkata penurunan kadar pengganguran negara yang turun kepada 3.7 peratus pada Julai 2022, iaitu paras terendah sejak pandemik COVID-19 melanda negara, juga merupakan bukti negara tidak mengalami krisis ekonomi.

Selain itu, pada tempoh yang sama juga, Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) mencatatkan peningkatan sebanyak 12.5 peratus manakala nilai perdagangan borong dan runcit meningkat 41 peratus kepada RM130.7 bilion.

“Bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini sahaja, nilai keseluruhan perdagangan borong dan runcit berjumlah sebanyak RM882.1 bilion, 19 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas.

“Nilai eksport kita pula naik 38 peratus kepada RM134.1 bilion, iaitu peningkatan selama 12 bulan berturut-turut bagi tujuh bulan pertama 2022,” katanya.

Tambahnya lagi, pelaburan asing bersih di pasaran Bursa Malaysia kini berjumlah lebih RM8 bilion manakala pelaburan runcit bersih juga mencecah RM1.8 bilion dari awal tahun sehingga kini.

Selain itu, kadar inflasi negara juga terkawal pada 2.8 peratus bagi tempoh tujuh bulan pertama 2022 dengan pelaksanaan langkah kawalan harga khususnya melalui pemberian subsidi yang berjumlah hampir RM80 bilion tahun ini.

“Jadi, tidak masuk akal kalau dengan petunjuk-petunjuk positif ini, ada yang kata kita dalam krisis ekonomi,” tegas Tengku Zafrul.

Berita berkaitan
Pengurus syarikat kerugian hampir RM80,000 ditipu pelaburan dalam talian
November 24, 2023· Isu semasa
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Sindiket mata wang kripto RM50 juta lebih ditumpaskan
November 4, 2023· Isu semasa
Popular
Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu
February 2, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
2 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
2 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
2 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
2 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok