Kejadian Bella cedera akibat air panas tak berlaku, saksi ikut ‘skrip’

October 18, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, diberitahu bahawa kejadian termos berisi air panas yang terjatuh hingga menyebabkan seluruh badan remaja Sindrom Down dikenali Bella cedera, tidak berlaku.

Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Inspektor Suhaili Mahad, 31, berkata ia berikutan rekod percakapan empat kanak-kanak yang tinggal di unit kondominium bersama pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, seolah-olah mengikut skrip.

Saksi pendakwaan ke-19 itu berkata, kanak-kanak terbabit memberi kenyataan yang konsisten bahawa Bella dikejar seorang kanak-kanak dikenali Balqis kerana berebut snek hingga menyebabkan termos itu terjatuh.

“Itu punca termos terjatuh dan menyebabkan Bella cedera seluruh badan. Kesimpulan daripada siasatan saya ialah kenyataan diberikan berhubung insiden itu adalah mengikut skrip.

“Sebab itu, saya rampas dua barang iaitu termos dan tali putih dari kediaman Bainun. Termos itu berada dalam keadaan baik, tiada kesan lekuk atau menunjukkan ia terjatuh.

“Saya percaya tiada insiden membabitkan termos yang terjatuh atas badan Bella, kerana tiada kesan barang itu pecah,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, menurut BH.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengulas perincian termos dan tali putih, Suhaili berkata, barangan itu dirampas ketika beliau, jurufoto dan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) diketuai Asisten Superintendan Rohaini pergi ke tempat kejadian, pada 7 Julai 2021.

“Saya bersama pasukan juga merakam percakapan penghuni unit berkenaan termasuk Siti Bainun di lobi kondominium terbabit.

“Saksi ada melakar gambar rajah kasar tempat kejadian. Berkaitan barang itu, ia sudah didaftarkan di stor barang kes. Saya letak dalam sampul surat putih dan ia disimpan selepas tandaan diletakkan,” katanya.

Dalam pemeriksaan balas oleh peguam bela Siti Bainun, Mohammad Farhan Maaruf, Suhaili mengesahkan tidak merampas telefon bimbit Siti Bainun, sebaliknya hanya mengambil barangan milik dua rakan baik tertuduh iaitu Zurianty Sudin dan Hani Azura.

Mohammad Farhan: Berlandaskan kandungan telefon saksi (Zurianty dan Hani) yang tidak berada di lokasi kejadian, mereka langsung tidak menyaksikan penderaan itu?

Suhaili: Tidak setuju.

Mohammad Farhan: Saya cadangkan dalam keterangan pemilik telefon dirampas itu, tiada yang mengatakan mereka menyaksikan Bainun mendera Bella, setuju atau tidak?

Suhaili: Tidak setuju.

Mohammad Farhan: Jika puan tak setuju, saya mohon puan menunjukkan keterangan pemilik telefon yang menyatakan mereka melihat dengan mata sendiri Bainun dera Bella?

Suhaili: Tiada kaitan dengan siasatan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
14 jam lalu· Isu semasa
Pinda laporan 1MDB: Najib bela diri atau bebas diketahui 30 Januari
November 15, 2022· Isu semasa
Zahid ulang lagi kata lantikan PM terserah kepada budi bicara Agong
November 15, 2022· Politik
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022· Politik
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
15 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
15 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
22 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Jangan masukkan pemimpin kluster mahkamah dalam Kabinet, kata Bersih kepada Anwar
November 28, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok