Keganasan rumah tangga, hak kaum lelaki juga dilindungi

June 12, 2022 · Isu semasa

Perbicaraan membabitkan pelakon terkenal Hollywood, Johnny Depp dan Amber Heard mendapat liputan meluas di seluruh dunia berakhir dengan kemenangan di pihak Depp apabila Heard diarahkan membayar ganti rugi sebanyak AS$15 juta.

Depp berjaya membuktikan artikel ditulis Heard di sebuah kolum di Washington Post mendakwa dirinya melakukan keganasan rumah tangga adalah suatu fitnah.

Bagaimanapun, Depp juga diarahkan membayar AS$2 juta kepada Heard yang membuat tuntutan balas saman fitnah terhadap beliau. Jumlah lebih besar perlu dibayar Heard dilihat sebagai kemenangan di pihak Depp.

Walaupun kes itu kes saman fitnah, kes itu juga dari sudut pandang undang-undang, membuka mata masyarakat mengenai keganasan rumah tangga, bukan hanya boleh berlaku kepada wanita atau isteri tetapi juga kepada suami atau lelaki.

Dalam konteks ini, keganasan rumah tangga adalah satu-satunya masalah yang jarang dilaporkan. Mangsa selalunya akan menyembunyikan kecederaan fizikal ataupun mental yang dihadapi untuk masa yang lama sebelum meminta pertolongan. Malangnya, orang lain tidak boleh membantu jika mangsa selalu mendiamkan diri. Mangsa itu mesti sedar dan mahu menyelamatkan diri sendiri.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat, keganasan adalah mereka yang melakukan perbuatan sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan. Selain itu, mencederakan secara fizikal, memaksa  atau mengancam melakukan perbuatan seksual.

Penderaaan juga berlaku apabila mengurung  atau menahan tanpa kerelaan, khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan dan kegusaran. Mangsa keganasan rumah tangga boleh terdiri daripada suami, isteri, anak, dan siapa-siapa ahli keluarga yang tinggal serumah. Walaupun kebanyakan mangsa keganasan adalah kaum wanita ataupun kanak-kanak, kes lelaki didera tidak terkecuali dari masalah ini juga.

Jika mangsa menghadapi keganasan yang tidak serius, mereka boleh mengenal pasti punca berlakunya keganasan rumah tangga dengan berbincang dengan pasangan mereka ataupun dengan kaunselor. Tetapi kalau keganasan tidak berkurangan selepas usaha untuk perbaiki keadaan dan sebaliknya menjadi lebih serius, sehingga mencederakan mangsa, mangsa haruslah pertimbangkan tindakan untuk menyelamatkan diri.

Orang ramai dan mangsa sendiri boleh melaporkan kejadian keganasan: ke balai polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Menghubungi Talian Kasih 15999.

Dalam pada itu, pensyarah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata sesiapapun mangsa keganasan rumah tangga tidak kira wanita atau lelaki mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521].

“Kalau kita lihat definisi mangsa dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521], jelas menunjukkan akta ini tidak membezakan mangsa keganasan melalui jantina.

“Malah, kalau kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 8 pun, menjamin kesamarataan seperti yang termaktub dalam Perkara 8 (1) yang menyatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama rata, tidak kira lelaki mahupun perempuan.

“Dalam Perkara 8 (2) juga menyatakan tidak boleh ada diskriminasi dalam undang-undang termasuk jantina. Ini sangat jelas, lelaki juga mempunyai hak untuk dilindungi daripada keganasan rumah tangga,” katanya

Tambah beliau, sebagai contoh, berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, daripada 254  kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan di Selangor dari Januari sehingga September 2020, hanya 30 orang mangsa lelaki tampil membuat laporan.

Menurutnya beliau percaya jumlah sebenar lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga adalah lebih daripada apa yang dilaporkan itu namun mangsa mungkin hanya berdiam diri dan tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa atas sebab-sebab tertentu.

Oleh demikian, masyarakat perlu dididik untuk menerima terdapat kes keganasan rumah tangga dilakukan isteri kepada suami.

Seperti Depp didakwa bekas isterinya melakukan keganasan rumah tangga terhadap beliau, kita perlu sentiasa adil dan berwaspada dalam menghukum tidak semestinya dalam sesuatu institusi perkahwinan isteri menjadi mangsa.

Pada tahun 2020 umpamanya, daripada 254 kes keganasan rumah tangga direkodkan, 30 daripadanya membabitkan lelaki sebagai mangsa. Namun, tidak dinafikan majoriti kes membabitkan mangsa dalam kalangan wanita atau isteri.

Selain itu, daripada kes Depp juga, kita dapat mengambil iktibar mengenai kesan penderaan kanak-kanak terhadap kehidupan mereka. Kesan daripada peristiwa pahit itu menyebabkan Depp umpamanya mempunyai masalah psikologi dan beranggapan kehidupan seperti itu adalah normal sehinggalah sedar beliau didera.

Kesan daripada penderaan daripada kekerasan lisan terhadap psikologi dan kehidupannya dilihat lebih menyakitkan serta memberi kesan mendalam berbanding penderaan berbentuk fizikal.

Berita berkaitan
Seorang warga Syria didakwa melakukan khianat bakar bilik hotel
November 10, 2023· Isu semasa
Lelaki intai wanita di tandas pasar raya ditahan polis
October 23, 2023· Isu semasa
Pemuda MCA gesa kerajaan tangani kos sara hidup, syor perkenal GST
October 21, 2023· Politik
Tiga individu ditahan termasuk anggota penguat kuasa SPRM minta rasuah
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok