Kedudukan Malaysia jatuh dalam Ranking Daya Saing Dunia IMD

June 15, 2022 · Isu semasa

Malaysia berada di kedudukan ke-32 dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2022, turun tujuh tangga dari kedudukan ke-25 yang direkodkan pada 2021.

Menurut Pusat Daya Saing Dunia (WCC) IMD, Thailand (di tangga ke-33 kali ini berbanding ke-28 pada 2021) dan Indonesia (di ranking ke-44 berbanding di kedudukan ke-37 sebelum ini) turut mengalami penurunan prestasi berikutan pembukaan semula ekonomi yang perlahan pasca-Covid-19 berbanding dengan Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS), lapor Bernama.

Rantau Asia juga menyaksikan ranking China turun satu tangga kepada 17 daripada 16, menongkah aliran meningkat kukuh yang dicatatkan negara itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menunjukkan pemulihan ekonomi yang buruk dijejaskan lagi oleh strategi sifar-Covid.

“Melangkah ke hadapan, China perlu menstrukturkan semula ekonomi daripada pembuatan kepada perkhidmatan bernilai tinggi dan daripada pelaburan kepada penggunaan.

“Ia juga perlu membangunkan pasaran nasional disatukan untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi jangka panjang, dan ia hanya akan mencapai matlamat pembangunan sosio-ekonominya menerusi gabungan dasar makroekonomi,” jelas WCC.

Bagaimanapun, China masih mendahului ekonomi Asia-Pasifik (APAC) bersama Singapura (ketiga), Hong Kong (kelima) dan Taiwan (ketujuh).

Singapura mencapai ranking ketiga, naik dari kedudukan kelima, sekali gus berada di tangga teratasnya di rantau APAC.

Pemulihannya dipacu oleh peningkatan ketara ekonomi domestik (di tangga pertama berbanding ke-15 sebelum ini), pekerjaan (ketiga berbanding dengan ke-18), kewangan awam (keenam berbanding tangga ke-12) serta produktiviti dan kecekapan (ranking kesembilan berbanding ke-14 pada 2021).

Namun, ia kekal pada kedudukan yang agak rendah dalam beberapa subfaktor, termasuk amalan pengurusan (ke-14), infrastruktur saintifik (ke-16) serta kesihatan dan alam sekitar (ke-25).

Menurut WCC IMD, India mencatakan peningkatan ketara dalam kalangan ekonomi Asia, berada di kedudukan ke-37 berbanding ke-43 sebelum ini.

Kedudukannya melonjak enam tangga selepas empat tahun mengalami prestasi tidak berubah. Ini didorong terutama oleh lonjakan yang dicatatkan India dari segi prestasi ekonomi dan kecekapan perniagaan.

Ketua Ahli Ekonomi WCC IMD, Christos Cabolis berkata selain tekanan inflasi menjejaskan kebanyakan ekonomi, cabaran global lain yang turut sama memburukkan daya saing negara ialah varian Covid-19.

Ini termasuk jumlah orang yang dijangkiti di seluruh dunia, perbezaan dasar nasional untuk menangani Covid (dasar ‘sifar-toleransi Covis’ berbanding dengan dasar ‘terus bergerak daripada Covid’) selain pencerobohan ke atas Ukraine oleh Rusia.

Sementara itu, Denmark, sebagai negara paling maju dari segi digital di dunia, mencapai kedudukan teratas buat kali pertama dalam sejarah 34 tahun ranking ini.

“Ini disokong oleh dasar yang baik, kelebihan yang diperoleh dengan menjadi sebuah negara Eropah, tumpuan jelas terhadap kemampanan dan dorongan daripada sektor korporatnya yang cekap,” kata Pengarah WCC IMD, Profesor Arturo Bris.

Switzerland kehilangan tempat teratas globalnya apabila turun ke tangga kedua, walaupun kekal kukuh dalam ranking keseluruhan.

WCR 2022 menilai 63 ekonomi, melalui data yang bersifat kuantitatif dan boleh dianalisis secara formal, di mana 333 kriteria daya saing dipilih sebagai hasil penyelidikan komprehensif menggunakan kajian ekonomi; sumber antarabangsa, nasional dan serantau serta maklum balas daripada komuniti perniagaan, agensi kerajaan dan ahli akademik, selain respons tinjauan (100 eksekutif setiap ekonomi secara purata) daripada eksekutif kanan, dikutip daripada 56 institut rakan kongsi tempatan.

Berita berkaitan
Radzi wakili Malaysia di Persidangan UNESCO
June 28, 2022· Isu semasa
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tinjauan mengejut PM ke pasar raya lihat sendiri harga barang
June 26, 2022· Isu semasa
Kastam perketat kawalan, elak ganja dari Thai masuk ke Malaysia
June 25, 2022· Isu semasa
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
3 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
9 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
10 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
10 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok