Kedai buku, komputer, komunikasi dibenar beroperasi mulai esok: TPM

July 15, 2021 · Isu semasa

Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan kedai komputer, telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis beroperasi semula sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa esok.

Pada masa sama, MKN juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran polis bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan profesional.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya hari ini berkata sidang khas MKN hari ini bersetuju memberi kebenaran itu setelah mengambil kira maklum balas pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar.

“Ini untuk memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) tanpa gangguan,” katanya memetik laporan Bernama.

Ismail Sabri berkata pandemik Covid-19 telah mengubah cara pembelajaran harian, dan semua institusi pendidikan kini mempraktikkan sistem PdPR secara dalam talian.

Mengenai 13,215 kes baharu positif Covid-19 yang dilaporkan Kementerian Kesihatan hari ini, Ismail Sabri berkata ia disebabkan saringan secara besar-besaran dan bersasar yang dilakukan di kawasan PKPD terutama di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang merupakan tiga negeri penyumbang terbesar bagi kes hari ini.

Menurut beliau, daripada seramai 134,569 individu yang menjalani ujian saringan semalam, 50,646 individu disaring di Selangor dengan 6,120 kes positif Covid-19 direkodkan.

“Trend peningkatan kes positif Covid-19 bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan negara-negara jiran seperti Indonesia yang mencatatkan 56,757 kes positif hari ini. Thailand pula merekodkan sebanyak 9,186 kes positif,” katanya.

Beliau berkata negara-negara Eropah turut bergelut dengan peningkatan kes seperti United Kingdom yang mencatatkan 42,302 kes manakala Russia yang mencatatkan 25,293 kes.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata tujuh lokaliti di Sabah dan Perak dikenakan PKPD berkuat kuasa Sabtu hingga 30 Julai, dengan lokaliti di Sabah adalah Kampung Perpaduan Gumpa di Kudat, Perumahan Sabah Forest Industry (SFI) di Sipitang serta Penjara Tawau dan kuarters Penjara Taman Ehsan di Tawau.

Tiga lokaliti di daerah Kerian, Perak yang dikenakan PKPD adalah Apartment Tropicana Bukit Merah, Kampung Tersusun Pondok Tanjung dan Kampung Binjai.

Selain itu, beliau berkata pelaksanaan PKPD dilanjutkan di lima lokaliti di Perak, Melaka dan Sabah berkuat kuasa Sabtu hingga 30 Julai, melibatkan Kilang Latexx Manufacturing Sdn Bhd dan asrama pekerja Kilang Latexx iaitu Latexx Village dan Ivor Hostel di Taiping, Perak.

Di Melaka, PKPD dilanjutkan di Taman Mewah Kelemak, Alor Gajah sementara di Sabah lokaliti yang terlibat ialah Taman Jaya Diri di Kota Kinabalu, katanya.

Ismail Sabri berkata sebanyak sembilan lokaliti di Kuala Lumpur ditamatkan PKPD berkuat kuasa esok termasuk empat kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) iaitu Sri Semarak, Batu Muda, Kampung Baru Air Panas dan Kerinchi.

Kawasan lain di Kuala Lumpur yang ditamatkan PKPD ialah Kampung Padang Balang, Taman Koperasi Polis (Fasa Dua), Flat Sri Sabah, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas. PKPD turut ditamatkan mulai esok di dua lokaliti di Tawau, Sabah iaitu di Kampung Mangga di Nasip Kita dan Kampung Kijang di Balung.

Lokaliti lain di Sabah yang ditamatkan PKPD bermula esok ialah Kampung Lingkodon di Kota Belud, Kampung Pintas Kubu di Beaufort, Kampung Muhibbah di Putatan dan Kampung Goshen di Kota Marudu. PKPD di Mukim Kuala Kuantan Satu di Kuantan, Pahang pula ditamatkan berkuat kuasa esok sementara di Mukim Kuala Kuantan Dua ditamatkan mulai Sabtu ini.

Ismail Sabri berkata sebanyak 180 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Seramai 438 individu pula ditahan semalam atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu 404 individu dikompaun, 33 lagi direman dan seorang dijamin.

Berita berkaitan
Jemput pelajar tahfiz ke konsert, Fadhli bidas penganjur tak sensitif
August 29, 2023· Politik
Lagi isu PMX dan pelajar : Tingkah laku Anwar memalukan
August 7, 2023· Politik
Cara Anwar jawab soalan pelajar dibidas Bersatu, gesa minta maaf
August 6, 2023· Politik
Ismail Sabri pertikai akta baharu 3R, dibimbangi ikat kebebasan bersuara
August 5, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok