Kedah tanggung enam bulan sewa rumah mangsa banjir Baling: MB

July 6, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Kedah akan menanggung sewa sementara penginapan selama enam bulan bagi mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir yang berlaku di Baling petang Isnin lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata setakat ini, 15 rumah tidak dapat didiami, termasuk beberapa rumah dihanyutkan arus deras dalam bencana itu.

Kerajaan telah memutuskan menyediakan penempatan sementara bagi keluarga yang hilang tempat tinggal selama enam bulan. Kami akan sewa rumah untuk mereka tempatkan keluarga dan barangan yang sempat diselamatkan. Kerajaan (negeri) akan bayar sewa itu,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikan pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Daerah dan Tanah Baling hari ini.

Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri akan berusaha untuk membantu membina semula rumah baharu kepada penduduk yang kehilangan kediaman itu namun terdapat kekangan dari segi tiada pemilikan geran tanah sebagai pemilik sekali gus memerlukan tapak baharu untuk pembinaan rumah baharu.

“Tinggal lagi kebanyakan rumah hanyut di pinggir sungai adalah rumah yang didirikan atas tanah rizab (sungai) yang tiada hak milik. Jadi, bila kerajaan nak buat balik, tak boleh (sebab) buat di tanah rizab. Kena ada tanah milik.

“Kalau mereka ada tanah milik tempat lain lebih mudah. Kalau mereka tiada tanah nak kena cari tapak dulu lagi lambat. Harap dapat selesaikan dengan cepat,” katanya yang juga memberitahu terdapat 12 kampung terdiri daripada 627 penduduk yang terjejas dalam kejadian banjir itu.

Selain itu, beliau berkata sehingga ini sejumlah 14 rumah dilaporkan rosak yang memerlukan pembaikan besar manakala jumlah rumah yang mengalami kerosakan kecil masih sedang dianalisa.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata pergerakan sukarelawan yang datang untuk misi bantuan dipusatkan di Bilik Gerakan untuk memastikan pelaksanaan bantuan itu sampai kepada semua penduduk kampung yang terjejas akibat bencana berkenaan.

Beliau turut memaklumkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berhasrat membantu mangsa banjir itu dengan jumlah yang agak besar.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Covid-19: 76 kematian semalam, Selangor lepasi 700,000 kes positif
October 21, 2021
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok