Kedah, Melaka juga benarkan saf solat dirapat mulai 1 April

March 27, 2022 · Isu semasa

Dua lagi negeri – Kedah dan Melaka – membenarkan semua masjid dan surau merapatkan saf solat mulai 1 April ini, namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Di Kedah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) Mohd Yusri Md Daud berkata, kebenaran itu selaras fasa peralihan ke endemik yang akan berkuat kuasa di seluruh negara mulai bulan depan dan selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

“Bagaimanapun, bagi aktiviti selain solat berjemaah, penjarakan fizikal masih diwajibkan. Khutbah, ceramah, kuliah dan kelas pengajian di masjid atau surau dilaksanakan dengan pematuhan SOP dalam tempoh bersesuaian dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

“Jamuan makan, gotong-royong dan kenduri dibenarkan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurang 1,. Wirid dan doa selepas solat dilaksanakan secara ringkas dan bersesuaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan aktiviti keagamaan di masjid dan surau pada Ramadan juga perlu mengikuti SOP sama.

Sementara itu, di Melaka pula semua masjid dan surau di negeri ini dibenar merapatkan saf mengikut saiz sejadah standard bermula 1 April selaras dengan fasa peralihan endemik di seluruh negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata kelonggaran itu diberikan kerana pengekalan jarak masih ada namun lebih rapat berbanding amalan sebelum ini iaitu penjarakan satu meter.

“Kita benarkan solat jemaah jaraknya adalah antara satu sejadah, jadi masih ada sedikit penjarakan,” katanya hari ini.

Melaka sebelum ini memberi kelonggaran kepada pengurusan masjid menggunakan budi bicara mereka sendiri untuk mengawal penjarakan jemaah.

Ia susulan kerajaan negeri tidak menetapkan secara rasmi kebenaran merapatkan saf seperti dilakukan di Perlis memandangkan Melaka mempunyai lebih 313 masjid dan surau bertaraf masjid yang menyediakan ruang mencukupi meskipun mengamalkan penjarakan fizikal.

Terdahulu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan saf solat di masjid, surau dan musolla di seluruh negeri itu boleh dirapatkan bermula 1 April ini, dengan mematuhi syarat ditetapkan KKM.

Bagaimanapun, jemaah perlu mematuhi peraturan seperti:

jemaah dikehendaki mematuhi beberapa ketetapan yang telah ditetapkan seperti:

  • Hanya individu yang telah lengkap menerima dos vaksin Covid-19 sebagaimana telah ditetapkan KKM sahaja dibenarkan hadir ke masjid, surau dan musolla;
  • Bagi individu yang berumur di bawah 18 tahun dan telah lengkap menerima dua dos vaksin sahaja dibenar hadir ke masjid, surau dan musolla;
  • Individu yang hadir ke masjid, surau dan musolla dikehendaki membawa sejadah sendiri dan sentiasa memakai pelitup muka; dan
  • Individu yang bergejala diminta menangguhkan daripada menghadiri sebarang aktiviti di masjid, surau dan musollah sehingga tahap kesihatan dapat dipastikan demi menjaga kesejahteraan jemaah lain.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok