Kedah di landasan tepat untuk berkembang, nikmati kemajuan: MB

June 19, 2022 · Isu semasa

Kedah berada di landasan yang tepat untuk terus berkembang dan menikmati kemajuan dari segi ekonomi berdasarkan kemasukan pelaburan ke negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Katanya antara indikator yang boleh dibanggakan ialah nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM68.3 bilion yang dicatatkan pada tahun lepas yang merupakan satu pencapaian luar biasa bagi Kedah.

“Pencapaian ini jauh mengatasi negeri-negeri lain yang sudah sedia maju dan dikenali sebagai negeri industri. Apa yang dicapai oleh Negeri Kedah Darul Aman juga merupakan satu rekod cemerlang dalam sejarah ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sembah ucapan tahniah mewakili kerajaan dan rakyat Kedah pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ke-80 di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Muhammad Sanusi berkata setakat suku kedua tahun ini pula Kedah telah menerima nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM20 bilion dan angka itu melepasi sasaran RM10 bilion pelaburan tahunan dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035.

Beliau berkata jika dinilai dari segi angka komitmen pelaburan dan juga nilai yang diunjurkan, dalam jangka pendek ia mungkin tidak mampu untuk memperlihatkan kesan perubahan bagi kehidupan rakyat.

Namun beliau menjelaskan, apa yang lebih penting ialah keyakinan yang ditunjukkan oleh komuniti industri dari dalam dan luar negara terhadap apa yang ada di negeri ini.

“Keyakinan komuniti pelabur ini juga pada hemat patik adalah cerminan pada nilai integriti yang sentiasa diberikan penekanan dalam setiap peringkat urus tadbir Kerajaan Tuanku,” katanya.

Pada istiadat itu, Sultan Sallehuddin menganugerahkan darjah dan bintang kebesaran kepada 62 penerima yang didahului Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Pada istiadat sama, baginda turut menganugerahkan kepada 63 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-79 tahun lepas.

Turut berangkat ke istiadat itu Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff, Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff serta Kerabat Diraja Kedah yang lain. – Bernama

Berita berkaitan
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
July 5, 2022· Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
July 2, 2022· Isu semasa
Tak perlu kalut nak PRU, tunggu habis penggal: Sanusi
June 1, 2022· Politik
8 cabang perlu jalankan undi semula, keputusan pemilihan PKR ditangguh
May 23, 2022· Politik
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
19 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
43 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
49 minit lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
1 jam lalu · Isu semasa
Gempa di Laut Andaman tak cetus tsunami di Malaysia
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok