Kecam perarakan cosplay PAS di Terengganu, tapi membisu perarakan bendera LGBT?

March 15, 2023 · Isu semasa

Jika sebelum ini pemimpin kerajaan campuran begitu hebat mengecam perarakan anjuran PAS di Terengganu, bagaimanapun berbeza pula pendirian mereka berhubung himpunan kumpulan yang membawa bendera pelangi di ibu kota baru-baru ini.

Perarakan yang membawa simbolik sejarah ketamadunan Islam berlangsung pada Februari lalu dibimbangi kononnya membawa unsur keganasan, tetapi bagaimana pula dengan perhimpunan yang membawa bendera pelangi yang menjadi simbol kepada perjuangan amalan songsang di barat?

Setakat ini, pemimpin kerajaan campuran yang marah dan membidas perarakan di Terengganu lalu masih diam membisu tidak mengulas pula berhubung perarakan bendera pelangi di ibu kota.

Malah, jika sebelum ini pelbagai laporan polis dibuat terhadap penganjur program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT 2023), ironinya pihak tersebut tidak pula bertegas dalam kontroversi perarakan pelangi yang berlangsung.

Adakah terdapat dua set pendirian berbeza dalam isu ini, mengapa perarakan yang melambangkan tamadun Islam sangat dibimbangi boleh membawa unsur keganasan tetapi tidak pula dalam perhimpunan kumpulan bendera pelangi?

Ahad lalu, polis mengesan seramai 150 orang terbabit dalam perhimpunan dipercayai ada kaitan dengan pesta lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atau perarakan kumpulan seks songsang yang dikatakan berlaku di hadapan Kompleks Sogo ke Dataran Merdeka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, dilaporkan berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai perhimpunan terbabit kira-kira jam 10 pagi.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan kerajaan tidak menyokong usaha untuk mempromosi gaya hidup songsang, ia selepas kontroversi perhimpunan di ibu kota baru-baru ini.

“Sebarang usaha untuk mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan nilai Islam dan fitrah insan tidak boleh diterima sama sekali,” katanya melalui kenyataan.

Beliau juga memberitahu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan menyiasat satu perarakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka pada hujung minggu lalu.

Jelasnya, pihak berkuasa juga sudah menerima laporan serta maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara itu dan JAWI akan menyiasat dengan kerjasama polis.

Berita berkaitan
Kertas siasatan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ dibuka: Polis
March 19, 2023· Isu semasa
Hanya perang saraf UMNO selepas kalah, kata Hadi
March 19, 2023· Politik
Usaha normalisasi gaya hidup songsang tak boleh diterima, kata Menteri
March 14, 2023· Isu semasa
Tak kenang budi, dulu dia dizalimi PAS juga yang dicari: Idris
March 10, 2023· Politik
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
27 minit lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
55 minit lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
1 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
19 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
23 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok