Kebenaran rentas negeri perlu kajian teliti, kata Hishammuddin

September 20, 2021 · Isu semasa

Kajian yang teliti dan terperinci perlu dijalankan berhubung kebenaran merentas negeri, ia bagaimanapun tidak termasuk dalam senarai pengurangan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata keputusan berkaitan kebenaran merentas negeri perlu diteliti oleh Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Rentas negeri ada kaitan dengan fasa-fasa dalam PPN negeri-negeri yang berkenaan.

“Tapi syor datang daripada menteri bertanggungawab untuk sektor tertentu dan kemudian dipertimbangkan di pelbagai peringkat termasuk Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Pandemik, serta dalam Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19,” katanya lapor Bernama.

Hishammuddin berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Program Vaksinasi “Back To School” di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 14 September, Hishammuddin mengumumkan kerajaan kini di peringkat akhir untuk mengurangkan SOP PPN hanya kepada 10 SOP berbanding 181 sekarang, bagi memudahkan orang ramai untuk memahaminya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet Covid-19 yang melibatkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa; Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz selain beliau sendiri, akan diadakan esok.

“Mesyuarat akan memberi fokus terhadap usaha mempermudahkan 181 SOP kepada 10 SOP, selain memberi tumpuan terhadap naratif menjelang fasa endemik yang bermula hujung Oktober ini,” katanya.

Katanya mesyuarat esok juga menjemput Menteri Pelancongan Datuk Seri Nancy Shukri, bagi memberi taklimat mengenai status terkini projek perintis gelembung pelancongan Langkawi dan potensi gelembung pelancongan yang lain.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga akan hadir esok, bagi menerangkan tentang potensi kelonggaran-kelonggaran lain dalam sektor sukan.

Hishammuddin berkata pada minggu hadapan Radzi pula dijadual memberi taklimat kepada Menteri Kuartet mengenai vaksinasi dalam kalangan pelajar, serta perkembangan terkini menjelang pembukaan sekolah secara berperingkat mulai 3 Oktober depan.

Berita berkaitan
Tahan Sanusi jam 3 pagi tidak wajar: Ahli Parlimen PH
July 18, 2023· Politik
Jalan terus dan tidak akan merayu kembali sertai UMNO: Khairy
June 13, 2023· Politik
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
June 7, 2023· Politik
Tak rugi dibuang parti, kata Hisham terhadap jemputan UMNO
June 5, 2023· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
27 kawasan di Selangor dilanda banjir kilat awal pagi ini
November 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
22 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
22 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok