Kebenaran rentas negeri beberapa minggu lagi, kata PM

September 24, 2021 · Isu semasa

Kebenaran rentas negeri kepada rakyat akan diumumkan dalam tempoh beberapa minggu lagi apabila sasaran vaksinasi dicapai dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata keputusan tersebut akan diputuskan susulan perkembangan kadar vaksinasi telah mencecah sebanyak 81 peratus populasi dewasa lengkap imunisasi melibatkan 18.9 juta individu pada Rabu lalu.

“Jumlah 81 peratus (vaksinasi) sudah dicapai pada Rabu lepas, dan saya sudah umumkan ini yang ditunggu-tunggu rentas negeri apabila mencapai 90 peratus penduduk yang divaksin.

“Kalau Rabu dan 81 peratus, maknanya dah tak lama dah tu nak rentas negeri. Jadi bolehlah balik kampung, jumpa ibu bapa, saya difahamkan sudah setahun tak berpeluang untuk jumpa ibu bapa,” katanya dalam majlis pelancaran Rumah Ikram Keluarga Malaysia hari ini.

Ismail Sabri berharap orang ramai dapat bersabar dan menunggu apabila kadar vaksinasi mencapai 90 peratus untuk membolehkan kelonggaran tersebut diumumkan.

“Insya-Allah sabar dulu beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri,” katanya.

Untuk rekod, pada 22 September lalu, kerajaan mengumumkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan berserta aktiviti rentas negeri dibenarkan dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata, perkara itu adalah ketetapan lain seperti diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19.

Berita berkaitan
Bukit Aman siasat ugutan bunuh PM tular dalam TikTok
November 26, 2023· Politik
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023· Politik
Sebelum jadi PM semua nak reform, bila dah jadi PM lagi teruk: Dr Mahathir
November 13, 2023· Politik
MP Labuan pula isytihar sokong PMX selepas Iskandar Dzulkarnain
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
1 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
1 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
19 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok