Kebanyakan kes BID akibat Covid-19 membabitkan usia 60 ke atas

August 21, 2021 · Isu semasa

Kebanyakan individu yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau brought in death (BID) diketahui dijangkiti Covid-19 hanya setelah bedah siasat dijalankan.

Selain itu, mereka sendiri ketika hidup tidak mengetahui dijangkiti, manakala keluarga mereka ketika ditemu bual juga tidak tahu bahawa mangsa dijangkiti Covid-19 kerana tidak menunjukkan tanda-tanda bergejala.

Komander Bersama Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV STF), Brigedier Jeneral Dr Mohd Arshil Moideen berkata kes BID masih mencatat jumlah yang tinggi walaupun terdapat trend penurunan.

Menurutnya apa yang membimbangkan ialah kes BID membabitkan mereka yang berumur lebih 60 tahun manakala golongan muda pula mempunyai komorbiditi dengan penyakit tertentu.

Katanya, kira-kira 70 peratus daripada pesakit BID tidak menyedari dijangkit kerana tidak menunjukkan sebarang gejala.

“Status BID seminggu lalu masih tinggi tetapi terdapat trend penurunan, namun kebanyakan mangsa tidak menunjukkan simptom, bermakna mereka tidak tahu dijangkiti Covid-19.

“Ini adalah masalah utama kita kerana kurang 30 peratus tahu mereka dijangkiti, majoritinya tidak tahu. Kita berdepan banyak kes yang tidak mempunyai simptom ketara tetapi tiba-tiba meninggal dunia.

“Dalam temubual dengan waris Amereka mengatakan mangsa tiba-tiba ‘tumbang’ di rumah,” katanya ketika memberi taklimat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Semalam, sebanyak 60 pesakit Covid-19 dilaporkan meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital.

Kes BID dilaporkan meningkat dalam tempoh beberapa minggu lalu dan Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang awam supaya tidak alpa dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Dr Mohd Arshil berkata, GKV STF kini mempunyai data kawasan BID yang lebih tinggi di sekitar Lembah Klang dan akan menumpukan strategi tertentu di lokasi berkenaan.

“Kita akan memfokuskan perkara ini melalui strategi tertentu. Kita mempunyai sistem untuk menghadapi BID ini dan ia berjalan di Selangor dan Kuala Lumpur, pada akhir minggu ini,” katanya.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Skandal LCS: Jangan salahkan orang lain kata Kit Siang kepada Najib
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
2 jam lalu · Isu semasa
Permintaan terpendam percepat pertumbuhan KDNK: Tengku Zafrul
2 jam lalu · Isu semasa
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
3 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok