KDNK, FDI tertinggi petanda pemulihan ekonomi tahun ini

February 11, 2022 · Isu semasa

Momentum pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan pelaburan langsung asing (FDI) yang semakin meningkat yang dicatatkan pada 2021, menjuruskan ke arah tahun pemulihan ekonomi bagi Malaysia tahun ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan agak optimis bahawa situasi terburuk telah berakhir untuk Malaysia selepas ia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.1 peratus untuk KDNK dan FDI bernilai RM50 bilion bagi tahun 2021 berbanding -5.6 peratus (KDNK) dan RM14.6 bilion FDI pada 2020.

“Pertumbuhan KDNK yang dicapai tahun lepas adalah selaras dengan jangkaan kita iaitu antara 3.0 peratus dan 4.0 peratus, dan ini jelas menunjukkan pemulihan dalam momentum ekonomi,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pulau Pinang hari ini.

Memetik Bernama Tengku Zafrul berkata FDI bernilai RM50 bilion yang dicapai pada 2021, lebih tinggi daripada tahun-tahun sebelumnya, juga memberi isyarat bahawa pelabur asing masih yakin dengan prospek ekonomi Malaysia.

Pada 2020, FDI Malaysia mencatat aliran masuk bersih RM14.6 bilion, susut 54.8 peratus berbanding RM32.4 bilion pada 2019.

“Momentum ini dijangka berterusan, justeru kerajaan masih terus menjangkakan KDNK untuk berkembang pada kadar 5.5 hingga 6.5 peratus pada tahun ini. Jika ada unjuran baharu, ia akan diumumkan pada bulan Mac.

“Satu-satunya kelemahan ialah gelombang Omicron Covid-19 tetapi ia tidak begitu membahayakan seperti varian Delta,” katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan juga sedang mempertimbang untuk membentangkan peruntukan tambahan tahun ini apabila parlimen bersidang kembali.

“Kita masih tidak tahu saiz peruntukan itu lagi tetapi fokusnya adalah untuk memastikan ekonomi kita pulih dan dapat membantu golongan rentan seperti mangsa banjir dan peniaga.

“Perdana menteri sendiri telah mengumumkan bantuan tambahan kepada mereka yang terjejas akibat banjir baru-baru ini serta untuk petani dan usahawan mikro dan kecil dan sederhana,” katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan, Tengku Zafrul berkata pemulihan ekonomi turut dipacu oleh Bajet 2022 yang mengembang, normalisasi dalam aktiviti ekonomi dan sosial berikutan kadar vaksinasi yang tinggi, penyambungan semula projek dengan kesan pengganda yang tinggi serta permintaan luar yang kukuh terutamanya daripada rakan dagang utama.

Beliau menambah pengekalan kelonggaran sekatan pergerakan serta aktiviti ekonomi dan sosial yang lebih rancak seiring dengan permintaan domestik dan luar yang kukuh, dijangka menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

Selain itu, katanya sentimen positif perniagaan dan pengguna yang berterusan diperkukuh melalui kadar vaksinasi yang tinggi iaitu hampir 80 peratus daripada keseluruhan populasi telah mendapat vaksinasi penuh.

“Kerajaan akan memantau rapi sebarang tekanan inflasi terutamanya ke atas barangan makanan, dan memastikan langkah yang sewajarnya dilaksanakan bagi mengurangkan kebimbangan rakyat terhadap kelangsungan hidup mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit jatuh, kerajaan tak cadang semak semula unjuran ekonomi: Rafizi
May 28, 2023· Isu semasa
Terdapat syarikat tandatangan MoU di China tiada rekod prestasi: Johari
May 22, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS
May 8, 2023· Isu semasa
OPR naik atau turun diputuskan pada mesyuarat MPC Julai ini
April 4, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
10 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
11 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok