KDNK dikaji semula tapi diunjur kekal positif walaupun ‘lockdown’

June 20, 2021 · Isu semasa

Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi akan terkesan akibat penutupan banyak industri susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) atau ‘total lockdown’, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sehubungan itu katanya, kerajaan akan menyemak semula sasaran asal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 6.0 peratus hingga 7.5 peratus bagi keseluruhan tahun susulan pelaksanaan fasa pertama SPP.

Beliau mengakui semakan semula kadar KDNK itu pasti akan memberi kesan kepada paras defisit negara, tetapi secara keseluruhannya KDNK tahun ini akan berada di wilayah positif berbanding tahun lalu.

Katanya, kerugian ekonomi semasa fasa ini dianggarkan RM1 bilion sehari dan kerajaan sejujurnya tidak mampu menanggung kerugian akibat sekatan dalam tempoh yang terlalu lama.

Tengku Zafrul berkata apabila negara melangkah ke fasa kedua dan ketiga ia dapat membantu mengurangkan kerugian itu selepas lebih banyak sektor perniagaan dibenarkan untuk beroperasi.

“Pertumbuhan ekonomi akan lebih baik terutama dalam fasa ketiga apabila lebih banyak sektor perniagaan dibenarkan beroperasi.

“Kementerian Kewangan akan menyemak semula KDNK negara, tetapi kami masih menunggu senarai penuh sektor yang dibenarkan beroperasi dalam fasa kedua dan ketiga daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Apabila senarai penuh ini sudah disediakan MKN, maka Kementerian Kewangan akan dapat menilai semakan semula KDNK dengan lebih tepat,” katanya pada sidang media khas bersama dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin secara maya, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan menjangkakan ekonomi negara akan mencatatkan pertumbuhan antara 6.0 peratus dan 7.5 peratus tahun ini sejajar dengan unjuran Bank Dunia sebanyak 6.0 peratus dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak 6.5 peratus.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, Fasa 2 akan bermula selepas mencapai nilai ambang kes harian di bawah 4,000 kes, tahap penggunaan ICU tidak lagi kritikal dan 10 peratus penduduk divaksin.

Beliau berkata, perbezaan utama di antara Fasa 1 dan Fasa 2 adalah membenarkan kapasiti fizikal meningkat daripada 60 peratus kepada 80 peratus untuk sektor yang dibenarkan dan ditambah beberapa sektor kepada senarai positif yang dibenarberoperasi.

Peralihan ke Fasa 3 pula, katanya, akan dibuat selepas mencapai tahap vaksinasi 40 peratus serta penggunaan ICU pada tahap selamat serta kes harian di bawah 2,000.

Katanya, Fasa 3 membabitkan pendekatan berubah daripada senarai positif aktiviti yang dibenarkan kepada senarai negatif aktiviti yang tidak dibenarkan.

“Peralihan daripada Fasa 3 ke Fasa 4 iaitu fasa terakhir akan membabitkan pembukaan menyeluruh aktiviti sosial dan ekonomi, selepas mencapai tahap vaksinasi 60 peratus,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tiada wakil UMNO dan DAP di Kementerian Kewangan, dedah NST
18 jam lalu· Politik
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
3 jam lalu · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
5 jam lalu · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
11 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
19 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
18 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok