KDN teliti kehadiran ejen Mossad Israel di Malaysia

October 18, 2022 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti dakwaan kewujudan ejen perisikan Israel, Mossad, yang berada di negara ini, kononnya bertujuan memburu anggota pejuang Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), terutama sayap bersenjatanya – Brigade Al-Qassam.

Ia susulan laporan yang mendakwa sekumpulan rakyat Malaysia ‘dipergunakan’ oleh ejen Mossad untuk menculik warga Palestin tertentu, yang tinggal atau melancong di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pemerhatian sedang dilakukan secara menyeluruh dan jika perlu tangkapan akan dilakukan serta-merta.

Menurutnya, pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya jika ada mana-mana rakyat asing yang memasuki negara ini tanpa dokumen sah.

“Dia sebenarnya bila sesiapa sahaja yang masuk dalam negara kita dia ada dokumen yang sah. Jadi bila kita ada maklumat-maklumat yang mengatakan ada orang yang masuk menggunakan dokumen yang tidak sah kita akan pantau,” katanya mengulas laporan NST hari ini, yang mengatakan Mossad menggunakan warga tempatan untuk melaksanakan operasi mereka.

NST dalam laporan eksklusifnya melaporkan Mossad, sekali lagi ‘menyerang’ bumi Malaysia, dalam perang mereka terhadap anggota kumpulan pejuang Hamas.

Tetapi, Mossad telah menyesuaikan taktik untuk tidak meninggalkan kesan penglibatan mereka. Mereka dipercayai merekrut warga tempatan untuk membantu rejim Zionis memburu anggota Hamas di Malaysia.

Baru-baru ini, menurut akhbar itu, dalam perkembangan yang terlepas daripada sorotan media, ejen Mossad meminta rakyat Malaysia untuk mengesan dan menculik dua lelaki Palestin yang mereka percaya sebagai aset Brigade al-Qassam.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata:

“Adakah betul maksudnya negara kita telah dimasuki oleh Mossad? Sebab itulah saya jawab tadi perkara-perkara yang seperti ini harus kita teliti kemudian barulah kita akan umumkan.”

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media, selepas satu majlis Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini pada Selasa.

Merujuk kepada laporan NST, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan berjaya membongkar satu jaringan perisikan Israel, Mossad di Malaysia.

Perkara tersebut terbongkar apabila rakyat Malaysia dikatakan ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes penculikan warga Palestin akhir September lalu.

Wanita tempatan berusia 30 tahun dipercayai dilatih sebagai penyiasat persendirian di Perancis sebelum direkrut oleh ejen Mossad sebelum 2018, turut disyaki menjadi dalang rangkaian perisikan Israel di negara ini.

Pada 5 Oktober lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dilaporkan berkata, seorang lelaki warga Palestin diselamatkan sehari selepas diculik individu yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dalam kejadian di Jalan Yap Kwan Seng, pada 29 September lalu.

Katanya mangsa yang berusia 31 tahun diselamatkan selepas pihaknya menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang di Selangor dan Melaka bermula 29 September hingga 4 Oktober.

“Kesemua 18 individu yang ditahan berusia antara 21 hingga 42 tahun disyaki berperanan menculik dan menyembunyikan mangsa. Siasatan mendapati mangsa yang dipercayai tinggal di Eropah, masuk ke negara ini pada 21 September lalu sebagai pelancong,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
5 jam lalu· Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
16 jam lalu· Politik
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022· Isu semasa
Zahid tipu Agong, kumpulan akar umbi UMNO buat laporan polis petang ini
November 23, 2022· Politik
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
14 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
16 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
16 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
22 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok