KDN anggar 1.2 juta lebih warga China tidak keluar Malaysia

July 26, 2022 · Isu semasa

Dianggarkan sebanyak lebih 1.2 juta warga China masih berada dalam Malaysia dan tidak pulang ke negara asal mereka bagi tempoh antara 2018 hingga 2021.

Berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dimaklumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), bagi tempoh sama ketibaan warga China yang masuk Malaysia adalah seramai 7,177,043 orang.

Namun, jumlah warga China yang keluar dari Malaysia bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu, iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk ke negara ini.

“Berdasarkan rekod JIM, ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh 2018 hingga 2021 seramai 7,177,043 orang.

“Sementara, pelepasan warga China yang keluar dari negara pada 2018 hingga 2021 adalah seramai 5,954,765 orang,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Soalan itu bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya (Bersatu) yang bertanyakan bilangan warga China yang masuk dan keluar semula dari Malaysia antara 2018 hingga 2021, serta jumlah yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan menetap di negara ini.

Mengulas lanjut, KDN memaklumkan, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan seramai 2,960 wanita warga China direkodkan berkahwin dengan lelaki tempatan bagi tempoh 2018 hingga 2021.

“Seksyen 27 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) menyatakan, perkahwinan bagi tiap-tiap orang yang bermastautin secara biasanya di Malaysia bagi setiap individu yang bermastautin di luar negara adalah seorang warganegara atau berdomisil di Malaysia selepas tarikh yang ditetapkan, hendaklah didaftarkan menurut akta ini,” katanya.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok