KBS sokong RUU larang merokok dalam kalangan generasi muda

September 11, 2022 · Isu semasa

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bagi melarang aktiviti merokok dalam kalangan generasi muda yang lahir selepas 2007 untuk membina Keluarga Malaysia yang lebih sihat.

Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker berkata kementeriannya telah memperuntukkan RM100,000 untuk dibelanjakan ke arah penganjuran aktiviti memupuk dan meningkatkan kesedaran bahaya merokok, lapor Bernama.

“Menjadi tanggungjawab KBS bukan sahaja untuk mengasah dan mengasuh golongan belia supaya menjadi pemimpin malah untuk memupuk mereka agar mempunyai disiplin dan kesedaran bahawa merokok ini membebankan diri mereka dan negara, dari segi penyakit dan sebagainya.

“KBS secara prinsip dan dasar menyokong supaya satu akta diadakan untuk mengurus dengan lebih ketat lagi produk-produk tembakau,” katanya kepada pemberita pada program Generational Endgame Anti Rokok (GEGAR) Run hari ini.

Pada 27 Julai lepas, RUU tersebut telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, antara lain mengetengahkan larangan merokok apa-apa produk tembakau atau pengganti tembakau serta larangan penggunaan peranti merokok, oleh mana-mana individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya.

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
March 28, 2023· Politik
Timbalan Menteri DAP gagal jawab soalan di Dewan Rakyat, elok letak jawatan
March 27, 2023· Isu semasa
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
March 20, 2023· Isu semasa
Tiada keperluan umat Islam ziarah ke rumah ibadat agama lain, kata Mufti Pahang
March 18, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
41 minit lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
4 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok