Kawat berduri di tangga blok PPR sudah dialih

July 4, 2021 · Isu semasa

Kawat berduri yang dipasang di tangga Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Wangsa Maju sudah dialihkan, kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya pemasangan kawat itu berpunca daripada kesilapan teknikal walaupun sebenarnya dipersetujui secara umum pada mesyuarat jawatankuasa penyelarasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Memang benar kawat berduri itu sudah dialihkan. Ia sepatutnya dipasang di bahagian bawah blok berkenaan, bukan di atas tangga,” katanya hari ini.

Sementara itu Pengarah JBPM Kuala Lumpur Nordin Pauzi mengesahkan kawat berduri itu tidak se[atutnya dipasang di tangga blok yang dikenakan PKPD, sebaliknya di aras bawah.

“Ada persetujuan mengenai pemasangan kawat duri itu, namun ia disebut secara umum. Perkara yang berlaku adalah isu kecil dan sudah diperbetulkan. Kawat berduri itu sudah dibuka.

“Dalam hal ini, kita akan pastikan tahap keselamatan penduduk diutamakan dan sentiasa mempunyai laluan keluar kecemasan jika berlaku insiden tidak diingini seperti kebakaran,” katanya.

Terdahulu tular gambar di media sosial yang menunjukkan beberapa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasang kawat berduri di laluan tangga Blok C PPR berkenaan, menyebabkan timbul kebimbangan dalam kalangan netizen berhubung keselamatan penduduk jika berlaku kecemasan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah dipetik berkata, pemasangan kawat berduri itu dipersetujui dalam mesyuarat penyelarasan PKPD yang turut dihadiri wakil bomba.

PKPD itu dilaksanakan terhadap satu blok sahaja berikutan blok lain didapati kurang berisiko.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dipetik berkata, pemasangan kawat berduri di tangga PPR melanggar peraturan bangunan dan arahan untuk membuka kembali kawat berduri sudah dikeluarkan.

Tular kawat berduri di tangga: Penduduk ada laluan lain

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok