Kawasan PKPD dilarang jalankan kerja pembinaan, kata Fadillah

July 3, 2021 · Isu semasa

Sebarang aktiviti kerja pembinaan dan yang berkaitan adalah dilarang dijalankan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Dengan pengumuman ini, surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang sudah diterima tidak boleh digunakan untuk meneruskan kerja pembinaan, kata Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Bagi menjalankan kerja-kerja diatas, pihak yang terbabit boleh mendapat kebenaran daripada balai polis terdekat.

“Dalam masa yang sama, Kementerian Kerja Raya menggesa semua penggiat industri pembinaan untuk mematuhi arahan semasa dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara bagi memastikan penurunan kes Covid-19 di kawasan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan pendawaian yang bersifat kritikal diberikan kelonggaran tetapi mesti berdasarkan janji temu.

Beberapa mukim di Selangor dan lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikenakan PKPD selama 14 hari bermula hari ini Julai sehingga 16 Julai ini.

Sebarang maklumat terkini berkenaan SOP dan garis panduan industri pembinaan boleh didapati menerusi telegram rasmi CIDB Malaysia https://t.me/cidbmy, laman web rasmi CIDB di www.cidb.gov.my atau hubungi CIDB Careline di talian 03-5567 3300.

Berita berkaitan
Dakwa Kedah banyak tapak lombong haram, Sanusi betulkan fakta TPM
May 9, 2023· Isu semasa
PN runding isu peruntukan dengan Fadillah, tidak dengan Zahid: Tuan Ibrahim
April 6, 2023· Politik
7 daerah zon merah: Negeri Sembilan tak rancang sekatan pergerakan
February 21, 2022· Isu semasa
Felda di Bentong dilaksana PKPD selama 14 hari
January 27, 2022· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok