Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir, PPS masih dibuka

September 23, 2022 · Isu semasa

Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat 8 pagi tadi.

Untuk rekod, Pontian merupakan kawasan Parlimen yang diwakili Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan baru-baru ini partinya mendesak pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan walaupun ketika rakyat sedang bergelut dengan bencana banjir.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan berkata seramai 44 mangsa daripada 11 keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading, dekat sini.

PPS itu yang mula dibuka sejak Rabu lepas (14 Sept) menempatkan mangsa banjir dari kawasan terjejas seperti Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Kampung Seri Tanjung dan Pekan Seri Gading.

Sementara itu, PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sawah, Pontian, semalam, melibatkan mangsa banjir dari Jalan Kurnia dan Kampung Maju Jaya.

Bagaimanapun, hanya terdapat 13 mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS ini.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok