Kawal gejala demam ‘terperuk’ semasa PKP

August 25, 2021 · Isu semasa

Larangan keluar rumah dengan mengehadkan pergerakan atau kuarantin di rumah menyebabkan fenomena  demam kabin.

Kajian yang dijalankan mendapati majoriti individu akan mula mengalami perubahan pada tahap mental mereka selepas 10 hari dikuarantin secara purata. Selepas melebihi 10 hari, seseorang individu cenderung menampakkan tanda stres, memilih memencilkan diri serta mudah marah.

Terdapat empat kategori tekanan yang didapati timbul pada individu semasa kuarantin : rasa takut yang melampau dijangkiti wabak, rasa bosan, rasa bimbang bekalan hidup tidak mencukupi dan gusar tidak dibekalkan maklumat dengan apa yang sedang berlaku.

Rasa takut dijangkiti menjadi faktor utama seseorang boleh berubah semasa terkurung, kerana majoriti peserta kajian meletakkan faktor ini sebagai faktor utama kebimbangan. Perasaan kecewa kerana tidak lagi boleh hidup seperti biasa menjadi faktor kedua paling memberikan kesan. Perasaan bimbang dengan ketiadaan bekalan hidup mencukupi seperti air, makanan, pakaian dan tempat tinggal pula duduk di tempat ketiga.

Bagaimanapun, berbanding dengan keempat-empat faktor yang disenaraikan, hanya faktor ini saja didapati mempunyai kesan berpanjangan sehingga empat ke enam bulan selepas wabak diisytihar berjaya dibendung.

Oleh itu, kuarantin memerlukan adaptasi segera, terutama bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga ramai dan tinggal di rumah bersaiz kecil. Keluasan rumah, ruang tamu, ruang bersama keluarga, ruang makan dan bilik tidur mempengaruhi pergerakan ahli keluarga sepanjang PKP.

Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (Perkama International), Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin pula berkata, kemurungan juga boleh berlaku disebabkan ‘demam terperuk’ akibat terlalu lama berada di satu-satu ruang ketika pelaksanaan PKP.

“Demam kabin lebih terserlah dalam menghasilkan tingkah laku tidak disedari akibat isolisasi yang tegang dan ia boleh melarat sehingga ke tahap fobia tertentu.

“Selain ketegangan, seseorang yang mengalami demam kabin itu akan berasa gelisah, kesukaran memberi tumpuan, kurang sabar dan keinginan kepada makanan, ” katanya.

Menurut beliau, penurunan motivasi, ketidakupayaan untuk berdaya tindak dengan tekanan serta pengasingan sosial juga boleh berlaku apabila seseorang mengalami demam terperuk.

Dalam pada itu, Kaunselor, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Md. Noh Saiman memberitahu, seperti keadaan kesihatan mental lain, demam terperuk perlu dirawat oleh profesional yang terlatih dalam bidang kesihatan mental seperti kaunselor, terapis, ahli psikologi dan psikiatris jika terdapat keperluan intervensi perubatan.

“Namun, jika simptom tersebut adalah tahap sederhana, maka dengan mengambil langkah-langkah yang betul dalam memerangi perasaan adalah memadai untuk membantu anda berasa lebih baik dan selamat.

“Justeru, kita perlu menerima hakikat krisis. Orang ramai perlu muhasabah diri kawal untuk daya kuasa kendiri, rancang kehidupan terkurung, menjadi model terbaik, kreatif bersama, kawal penggunaan media sosial, kawal pemakanan, bersenam, mempunyai kesedaran pola komunikasi dan cabar minda,” katanya.

Secara keseluruhan, demam kabin boleh membawa masalah emosi apabila individu cemas dan bimbang, terutama tidak mengetahui bila kawalan had bergerak ini tamat, cepat bosan, mudah marah dan tidak dapat memfokus.

Namun, terperuk di rumah juga boleh membawa kesan positif seperti masa berkualiti bersama keluarga ditingkatkan melalui pelbagai aktiviti bersama. Ia berkesan menjauhi jangkitan wabak seperti disarankan kerajaan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok