Katil ICU Hospital Tuanku Jaafar hampir penuh, wad biasa ditukar semi-ICU

May 14, 2021 · Isu semasa

Beberapa buah wad biasa terpaksa ditukar kepada semi-wad Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas kapasiti katil di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) semakin hampir penuh susulan peningkatan kes pesakit Covid-19 yang kritikal di Negeri Sembilan.

Kebanyakkan pesakit Covid-19 yang dirawat berada dalam keadaan kritikan dan memerlukan mesin bantuan pernafasan, kata Exco Kesihatan negeri S.Veerapan.

Buat masa ini, terdapat dua hospital COVID-19 di Negeri Sembilan iaitu HTJ dan Hospital Tampin.

“HTJ mempunyai 10 katil ICU untuk menempatkan pesakit COVID-19 yang kritikal manakala Hospital Tampin ada empat katil dan di Tampin ini kita akan tambah empat lagi katil ICU,” katanya dalam kenyataan lapor Bernama.

Menurutnya, setakat ini kedua-dua hospital berkenaan menggunakan mesin bantuan pernafasan sedia ada dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah memohon mesin tambahan daripada Kementerian Kesihatan.

Veerapan turut memaklumkan Hospital Rembau kini tidak lagi menempatkan pesakit COVID-19, sebaliknya hanya merawat pesakit biasa.

Setakat semalam, sebanyak 100 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Negeri Sembilan menjadikan kes kumulatif sebanyak 20,248 kes.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok