Kata nak saman, tapi tak saman pun: Armada tempelak Guan Eng

March 24, 2023 · Isu semasa

Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hairan kenapa Pengerusi DAP, Lim Guan Eng masih tidak menyaman bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung isu cukai Yayasan Al-Bukhary.

Beliau berpendapat Muhyiddin bersedia ke mahkamah untuk memberi penjelasan berserta bukti-bukti yang ada sekiranya disaman oleh bekas menteri kewangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu.

Bagaimanapun, katanya Guan Eng sebaliknya membuat laporan polis, bukan menyaman Muhyiddin sebagaimana cabaran dibuatnya sebelum ini.

“Berhubung dengan dakwaan ini dan kalaulah Lim Guan Eng nak saman Tan Sri Muhyiddin, saya rasa kami bersedia untuk ke mahkamah untuk menjelaskan dengan bukti-bukti yang ada.

“Jadi sebab itu kami tengok nak samankah tidak? Macam tak saman-saman lagi. Sebab itu dia buat repot polis… kalau berani saman lah,” katanya pada sidang media hari ini (23 Mac 2023).

Menjawab soalan, Wan Ahmad Fayhsal berkata banyak laporan polis telah dibuat terhadap kerajaan pimpinan Anwar, tetapi belum ada apa-apa tindakan yang diambil.

“Sebenarnya cakap pasal laporan polis ni dah buat banyak dah. Daripada lepas pilihan raya itu, Armada, ketua bahagian, Perikatan Nasional, pemuda PAS. Kami dah buat banyak laporan polis.

“Tapi tiada sebarang tindakan nampaknya. Kami walaupun tidak ada sebarang tindakan, kami tetap akan jelaskan kepada rakyat bahawasanya kami dah mengikut lunas undang-undang untuk menegakkan keadilan.

“Tapi justice delayed justice denied. Kalau tak ada siasatan kami tak boleh buat apa-apa. Tak kan nak merusuh pula,” katanya.

Pada 9 Mac lalu, Muhyiddin berkata kerajaan PH, di mana Guan Eng adalah menteri kewangan ketika itu, membatalkan pengecualian pembayaran cukai diluluskan kepada Yayasan Al-Bukhary.

Menurutnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, kerajaan gabungan PH telah ditubuhkan dan Guan Eng yang menjadi menteri kewangan ketika itu telah membatalkan pengecualian cukai berkenaan.

Guan Eng kemudian menafikan dakwaan itu sambil meminta Muhyiddin memohon maaf atau beliau akan menyaman Pengerusi Perikatan Nasional itu.

Ahli Parlimen Bagan itu beberapa kali memberi amaran akan menyaman Muhyiddin, tetapi tidak dilakukannya, sebaliknya dia membuat laporan polis mengatakan difitnah.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
Permohonan rayuan peguam Najib gantung saman LHDN RM9.41 juta pada 16 Jun
February 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
11 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
11 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok