Kasut kurniaan Sultan Johor, MB Johor nafi beli kasut mahal

July 11, 2022 · Isu semasa

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini menafikan beliau telah membeli sepasang kasut yang berharga puluhan ribu ringgit.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata kasut itu adalah kurniaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, lapor Bernama.

“Fitnah dan tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Kebawah Duli Tuanku Sultan.

“Ini bukan perkara baharu malah Kebawah Duli Tuanku ada juga memberi kurniaan kepada barisan exco kerajaan yang lepas dan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi untuk sentiasa bekerja keras untuk rakyat,” katanya menerusi hantaran itu.

Terdahulu, beberapa akhbar berbahasa Cina melaporkan isu kasut itu yang dipetik daripada akaun media sosial milik seorang individu mendakwa Onn Hafiz membeli kasut berharga ribuan ringgit sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warga netizen.

Berita berkaitan
Selepas pendedahan bekas petugas, Bernama tampil membuat penafian
August 11, 2022· Isu semasa
Johor perintis kontrak berasaskan prestasi dalam pembinaan jalan RM601 juta
July 24, 2022· Isu semasa
Pemangku Raja Johor cadang MB pakai selipar, sindir pengkritik
July 12, 2022· Isu semasa
Kedutaan Arab Saudi kesal jemaah haji terkandas, nafi ada kaitan
July 8, 2022· Isu semasa
Popular
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
August 18, 2022
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
August 18, 2022
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
August 18, 2022
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
August 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
9 jam lalu · Isu semasa
SPRM masih teruskan siasatan skandal kapal LCS tak siap: Azam
9 jam lalu · Isu semasa
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
10 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh ke paras terendah sejak Januari 2017
11 jam lalu · Isu semasa
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok