Kastam rampas 50 kereta mewah RM11.4 juta

August 29, 2022 · Isu semasa

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 50 kenderaan mewah bernilai RM11.4 juta yang dibawa masuk tanpa permit import (AP), dalam siri Op Bearing yang bermula 15 Ogos lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Mohammad Sabri Saad berkata operasi yang berakhir esok itu memfokuskan kepada kenderaan import individu serta syarikat di sekitar Pelabuhan Klang.

“Sembilan daripada 50 kenderaan melibatkan motosikal berkuasa tinggi manakala selebihnya adalah kereta mewah dari pelbagai negara antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun,” katanya pada sidang media di Wisma Kastam di Pualu Indah, Klang, hari ini.

Mohammad berkata kesemua kenderaan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1957 kerana mengimport barang larangan di bawah Butiran 3 Jadual Kedua/Bahagian 1 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 yang permit pengimportannya dibenarkan dengan syarat ia tertakluk permit import dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Mohammad Sabri menggesa orang ramai untuk membantu JKDM dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-8855 atau menghubungi pejabat JKDM terdekat di semua negeri. – Bernama

Berita berkaitan
Kes hutang dipercayai punca ahli perniagaan diculik dalam Vellfire putih
September 30, 2022· Isu semasa
Satu keluarga ditahan bersama dadah bernilai RM694,412
August 8, 2022· Isu semasa
Laporan polis terhadap Apandi didakwa lindungi Najib dalam kes SRC
July 27, 2022· Politik
Polis kesan tujuh kereta mewah dipandu secara berbahaya
July 19, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
PH terbit bajet bayangan 2023
October 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
11 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
12 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
15 jam lalu · Isu semasa
Najib mohon semakan kehakiman setelah dilarang hadir Parlimen
15 jam lalu · Isu semasa
249,646 murid dapat manfaat bekalan lokar di 626 sekolah: Radzi
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
12 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok