Kastam perketat kawalan, elak ganja dari Thai masuk ke Malaysia

June 25, 2022 · Isu semasa

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memperketat kawalan di pintu sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan ganja termasuk produk mempunyai bahan terlarang ke Malaysia.

Ketua Cawangan Penguatkuasaan JKDM Bukit Kayu Hitam Suhaila Mohamad Noor berkata pihaknya akan mengetatkan pemeriksaan ke atas kenderaan dan penumpang yang merentas sempadan untuk memastikan tiada bahan terlarang dapat dibawa masuk ke Malaysia, lapor Bernama.

“Kita akan memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa ganja merupakan bahan terlarang di Malaysia dan ia tidak boleh dibawa masuk walaupun Thailand telah menghapuskannya daripada senarai narkotiknya,” katanya kepada pemberita.

Pada Jumaat, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Pejabat Kastam Thailand, Tawal Rodjit di Sadao, Songkhla untuk memperkukuh kerjasama kedua-dua negara dalam usaha membanteras dadah.

Ia merupakan mesyuarat pertama mengenai usaha membanteras penyeludupan dadah antara kedua-dua agensi sejak pembukaan semula pintu sempadan negara.

Thailand, negara Asia pertama yang menghapuskan ganja daripada senarai narkotiknya dan membenarkan orang ramai menanam tumbuhan itu di rumah.

Bermula 9 Jun, Thailand mengeluarkan bahagian tertentu dan ekstrak tumbuhan ganja (kecuali bunga dan perbungaan) daripada senarai narkotik terkawal kategori 5, di bawah Akta Narkotik 1979, supaya boleh digunakan untuk tujuan perubatan.

Bagaimanapun, penggunaan marijuana yang juga dikenali sebagai ganja dan kanabis, secara rekreasi masih diharamkan.

Berita berkaitan
Nilai ringgit paling rendah sejak 6 bulan
May 19, 2023· Isu semasa
Kontinjen Malaysia catat pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA
May 17, 2023· Isu semasa
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023· Dunia
Kerajaan Arab Saudi belum balas permohonan Malaysia tambah kuota haji: TH
May 15, 2023· Isu semasa
Popular
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
2 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok