Kartel ayam: Hanya sebuah ladang akan tutup, bekalan tak terjejas

May 19, 2022 · Isu semasa

Dakwaan wujud sekumpulan kartel industri ternakan ayam yang akan menutup ladang ternakan selama dua hari bermula Sabtu ini sehingga menjejaskan bekalan ayam di pasaran adalah tidak benar, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Beliau berkata pihaknya sebaliknya dimaklumkan terdapat hanya sebuah kilang ternakan ayam di Melaka akan ditutup selama dua hari, dan penutupannya tidak akan menjejaskan bekalan di pasaran.

“Kita terima surat penjelasan daripada syarikat yang dikatakan akan tutup ladang mereka. Penjelasan mereka tidak mengambarkan itu sebagai kartel untuk mengambil keuntungan berlebihan.

“Walaupun (ia) syarikat besar tetapi kita telah pastikan penutupan dua hari tidak jejaskan bekalan ayam di pasaran,” katanya ketika dalam sidang media selepas melancarkan logo barang subsidi dan barang kawalan di kementeriannya di sini, hari ini.

Menurut laporan media, sekumpulan kartel industri ternakan ayam didakwa merancang menutup ladang ternakan pada Sabtu dan Ahad ini sebagai protes kepada kerajaan yang dikatakan lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam 60 sen.

Berita itu mendapat perhatian ramai kerana ia bukan sahaja bakal meningkatkan harga ayam di pasaran, malah jika benar, pengguna pula perlu berebut untuk mendapatkan bekalan ayam yang terhad.

Nanta berkata pasukan yang ditubuhkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menyiasat industri ayam dijangka membentangkan hasil siasatan lengkapnya pada Julai ini.

“Harap bulan Julai nanti ada keputusan dan langkah tertentu untuk tangani masalah seperti kartel ayam,” katanya.

Sementara itu di MELAKA, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka Norena Jaafar berkata saiz ayam yang tidak mencapai standard tertentu merupakan faktor beberapa ladang ayam di sini mengambil tindakan menutup operasi selama dua hari.

“Ia bukan sebab protes seperti mana yang didakwa, dan kami ada menerima notis penutupan, malah ketika kita pergi memeriksa ke ladang semalam, memang keadaan fizikal ayam itu kurang daripada sepatutnya, sekitar 1.1kilogram (kg) hingga 1.2kg berbanding 1.8kg hingga 2kg. Keadaan ini tidak sesuai untuk dijual.

“Namun saya rasa ia bukan satu masalah dari segi bekalan di sini sebab Melaka mempunyai dua pengeluar utama di samping banyak pengeluar kecil-kecilan,” katanya ketika ditemui pemberita di Program Pengguna Bestari, Sentuhan Kasih Aidilfitri KPDNHEP Melaka hari ini.

Norena seterusnya menegaskan tiada keperluan untuk pembelian ayam secara banyak (stokpile) oleh pengguna memandangkan tiada isu kekurangan bekalan di Melaka.

Jelasnya pembelian secara berlebihan untuk dijadikan stok hanya akan menyusahkan pihak lain terutama pada ketika ini sambutan hari raya masih diraikan.

“Jadi jangan panik kerana bekalan ayam tiada masalah dan dalam masa yang sama, harga masih kekal dengan RM8.90 sekilogram,” katanya.

Menyentuh mengenai dakwaan bekalan tepung gandum berkurangan di Melaka, beliau menjelaskan bekalan masih stabil dengan 11 jenama tepung yang diberikan subsidi. – Bernama

Berita berkaitan
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023· Isu semasa
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023· Isu semasa
Ringgit terus menyusut berbanding dolar AS
April 27, 2023· Isu semasa
Nilai ringgit menyusut berbanding dolar AS
April 26, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
20 minit lalu · Isu semasa
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
5 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok