Kapasiti kesihatan rawat Covid-10 Lembah Klang membimbangkan

May 1, 2021 · Isu semasa

Tujuh hospital kerajaan yang dikhususkan untuk merawat pesakit Covid-19 di negeri-negeri sekitar Lembah Klang berdepan masalah penggunaan kapasiti hospital, terutama katil di wad kritikal dan unit rawatan rapi (ICU), yang amat membimbangkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya trend peningkatan kes Covid-19 itu berterusan, kapasiti kesihatan akan berada pada tahap kritikal dan akan memberikan impak negatif kepada perkhidmatan kesihatan awam secara keseluruhannya.

“KKM mendapati peningkatan kes dan kadar penggunaan kapasiti kesihatan di negeri-negeri Lembah Klang mutakhir ini adalah amat membimbangkan.

“Sekiranya tren peningkatan kes Covid-19 ini berterusan, maka kapasiti kesihatan akan berada pada tahap yang kritikal dan akan memberikan impak yang negatif kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan awam secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sebanyak 277 buah katil kritikal di ICU diperuntukkan bagi pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19 bagi negeri-negeri Lembah Klang.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 152 katil kritikal/ICU dikhususkan untuk merawat pesakit COVID-19 dan kadar penggunaan terkini telah mencapai lebih 88 peratus,” katanya.

Noor Hisham berkata, menurut statistik yang dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan, kadar penggunaan katil kritikal di ICU Covid-19 terkini didapati melebihi 70 peratus di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Manakala Hospital Selayang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya pula melaporkan penggunaan katil kritikal di ICU Covid-19 pada kadar melebihi 50 peratus, katanya.

Beliau berkata, keadaan ini berpunca daripada peningkatan kemasukan kes kritikal sebanyak 62 peratus berbanding tempoh dua minggu yang lepas.

“Setakat hari ini, 108 unit ventilator diperlukan untuk pesakit-pesakit Covid-19 di Lembah Klang sahaja,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Imej negara tercalar akibat rasuah dan penyelewengan, kata PM duduk disebelah Zahid
February 24, 2023
Pekerja berusia 50 tahun ke atas ditawar VSS, umum Telekom Malaysia
July 25, 2023
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok