Kapal tangki lewat, permintaan bertambah jejas bekalan petrol

May 9, 2022 · Isu semasa

Kelewatan kapal tangki membawa minyak ke terminal, peningkatan mendadak jumlah kenderaan dan isu kapasiti tangki simpanan di stesen minyak antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada isu bekalan petrol RON95 terjejas di beberapa kawasan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kementeriannya mengambil maklum aduan dan rungutan orang ramai berhubung isu bekalan petrol RON95 yang terjejas di beberapa kawasan seperti dilaporkan baru-baru ini, lapor Bernama.

Sehubungan itu, katanya semua stesen minyak di seluruh negara dibenarkan menambah had kuantiti simpanan terutamanya bagi petrol RON95 bagi memastikan bekalan petrol mencukupi musim perayaan ini.

Menurutnya isu itu disebabkan antaranya peningkatan mendadak jumlah kenderaan menyebabkan permintaan petrol RON95 di seluruh negara meningkat selain kelewatan kapal tangki yang membawa minyak untuk sampai ke terminal di Bagan Luar, Pulau Pinang dan Kuantan, Pahang; serta kapasiti tangki simpanan di stesen minyak tertentu tidak mampu menampung permintaan pengguna.

Nanta dalam satu kenyataan hari ini berkata bagi menangani segera isu tersebut, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengambil dua langkah penyelesaian jangka pendek.

Pertama, mendapatkan kerjasama pihak Kementerian Pengangkutan untuk mempercepatkan proses pelepasan kapal-kapal minyak dan keduanya, pihak KPDNHEP melakukan pemantauan berterusan supaya tidak berlaku penyelewengan ke atas bekalan bahan api kenderaan terutamanya petrol RON95, katanya.

“Pihak kementerian ingin menyarankan orang ramai supaya buat sementara ini beralih kepada jenama minyak syarikat lain yang berhampiran berbanding jenama minyak syarikat tertentu yang menjadi kebiasaan digunakan kerana bukan semua stesen minyak menghadapi masalah bekalan terputus ini,” katanya.

Nanta berkata KPDNHEP telah mengambil tindakan awal dengan mengadakan sesi libat urus bersama Persatuan Pengusaha Stesen Minyak (PDAM) untuk memastikan semua pengusaha stesen minyak berada dalam keadaan siap siaga sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Ini kerana, pihak KPDNHEP menjangkakan berlaku peningkatan jumlah kenderaan luar biasa di jalan raya sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini ekoran proses peralihan negara ke fasa endemik dan pembukaan sempadan negara yang membolehkan Keluarga Malaysia pulang ke kampung, katanya.

Beliau berkata pihak kementerian juga telah mengambil langkah sewajarnya dengan membenarkan semua stesen minyak di seluruh negara untuk menambah had kuantiti simpanan terutamanya petrol RON95 bagi memastikan bekalan mencukupi pada musim perayaan.

Berdasarkan Garis Panduan Pelesenan Barang-Barang Kawalan Berjadual (CSA), kadar had kuantiti ditentukan menerusi surat sokongan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menyatakan had kuantiti simpanan yang sesuai bagi produk petroleum, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

“Justeru, setiap stesen minyak mempunyai kadar had kuantiti simpanan yang berbeza tertakluk kepada luas premis dan sistem simpanan tangki bawah tanah (UGT) masing-masing,” katanya.

Berita berkaitan
Harga petrol tidak turun, kekal paras lama
March 22, 2023· Isu semasa
Harga minyak petrol tak turun, kekal paras lama
March 8, 2023· Isu semasa
MP PN tuntut bayaran tunai petroleum terus ke Kelantan
March 7, 2023· Isu semasa
Jimat RM17 bilion jika T20 tak diberi subsidi petrol: Mat Maslan
February 28, 2023· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
27 minit lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
42 minit lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
58 minit lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
2 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok