Kapal tangki berlanggar kapal kargo di perairan Muar, tiada kemalangan jiwa

July 11, 2021 · Isu semasa

Dua buah kapal dilaporkan berlanggar di perairan Muar sekitar 12 tengah malam, pada Ahad, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Perlanggaran tersebut melibatkan kapal tangki dan kargo, pasukan maritim negara yang menerima maklumat bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu dalam operasi menyelamat.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat menerusi Maritime Rescue Coordinator Centre (MRCC) Putrajaya mengenai signal kecemasan yang diterima oleh sistem Cospas-Sarsat daripada sebuah kapal kargo bertanda nama MV Zephyr Lumos.

Manakala signal kecemasan sebuah kapal tangki bertanda nama MV Galapagos diterima melalui pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Pekan Baru, Indonesia masing-masing di kedudukan 14.1 barat daya Kuala Sungai Muar.

Sejurus menerima maklumat, pihak MRSC Johor Bahru telah menyalurkan maklumat kepada Zon Maritim Batu Pahat (ZMBP) dan Pos Pengkalan Hadapan (FOB) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Batu Pahat bagi memohon bantuan aset.

Kilat 47 daripada ZMBP dan PSC 37 Pasukan Polis Marin (PPM) telah diaturgerak ke lokasi kejadian bagi mendapatkan gambaran kejadian.

Hasil pemerhatian dan pemantaun di lokasi kejadian disyaki kapal MV Zephyr Lumos telah terlanggar kapal kapal MV Galapagos dan sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Berita berkaitan
Ini bukan keputusan yang mudah ditelan, kata Syed Saddiq
November 9, 2023· Politik
Kumpulan pemerhati rasuah gesa dedah perjanjian tambahan LCS
October 11, 2023· Isu semasa
MINDEF dibidas PAC ekoran perjanjian dimerterai tanpa persetujuan AGC
October 9, 2023· Isu semasa
Peruntukan ditarik balik selepas Syed Saddiq jadi pembangkang
September 19, 2023· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok