Kapal penyelidik, pengawal pantai China didakwa ceroboh ZEE Malaysia

September 26, 2021 · Isu semasa

Sebuah kapal penyelidik ‘Da Yang Hao’ milik Kementerian Sumber Asli China dilaporkan menceroboh Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia malam tadi, sambil diiringi sebuah kapal pengawal pantai negara itu.

Pengguna Twitter yang juga pemerhati Laut China Selatan, Duan Dang yang popular dengan ‘membekalkan maklumat risikan terbuka’ menyoroti pencerobohan kapal China itu dari Vietnam, kelmarin, sebelum memasuki perairan Malaysia semalam.

Menurut Duan Dang, data penjejakan kapal menunjukkan Da Yang Hao memasuki pelantar benua dan ZEE Malaysia malam tadi selepas menceroboh Terumbu Fiery Cross di Kepulauan Spratly. Terumbu itu dituntut China, Filipina, Taiwan dan Vietnam.

Sekurang-kurangnya sebuah kapal badan Pengawasan Sumber Perikanan Vietnam membayangi pergerakan Da Yang Hao, namun berhenti setelah kapal China itu memasuki wilayah ZEE Malaysia.

Dua kapal pengawal pantai China (CCG) 6307 dan Haijing 5202 yang pernah menceroboh perairan wilayah Malaysia dan Indonesia sebelum ini dilaporkan mengawal pergerakan kapal penyelidik itu.

Selepas memasuki perairan Malaysia, Dan Yang Hao menuju ke kapal eksplorasi dikendalikan Petronas di kawasan berbentuk ‘U’ dalam wilayah ‘garisan sembilan tanda putus’ yang dituntut Beijing. Tuntutan China itu tidak pernah diiktiraf oleh Malaysia dan mahkamah antarabangsa.

Sehingga jam 2:20 UTC kedudukan Da Yang Hao dengan West Capella hanya kira-kira 50 batu nautika.

West Capella, milik Seadrill yang dikendalikan London dan diberi kepada Petronas secara kontrak dan berada di wilayah yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan. Pada Oktober 2019, kapal itu mula menggerudi kawasan blok minyak dan gas ND4 di pesisir pantai Sabah, sebelum berpindah ke ND2 dan ND1.

Kapal CCG sebelum ini dilaporkan beberapa kali menganggu operasi West Capella memaksa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghantar kapal pemusnah peluru berpandu KD Jebat dan KD Kelantan untuk melakukan kawalan, menyebabkan kapal CCG 5203 beredar.

Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Udara Amerika Syarikat mengadakan latihan bersama di Laut China Selatan pada 24 September 2021.

Pada 24 September lalu, Tentera Udara Amerika Syarikat menggunakan pesawat pengebom B-52 dari Guam dalam latihan bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Duan Dang juga mendakwa sebuah lagi kapal CCG 6305 menuju ke ZEE Indonesia di mana kapal Haiyang Dizhi 10 melakukan penyelidikan sejak beberapa minggu lalu, tanpa bantahan Jakarta.

Pada Jumaat, kapal pengangkut USS Ronald Reagan dan kapal penjejak USS Shiloh memasuki Laut China Selatan setelah melalui Selat Melaka.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Zeti beritahu saya Najib banyak duit dalam akaun: Dr M
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok