Kanser serviks kerap serang wanita muda

February 5, 2023 · Isu semasa

Kanser serviks atau pangkal rahim adalah kanser ketiga yang kerap berlaku dalam kalangan wanita muda di Malaysia selepas kanser ovari dan payu dara.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Batu Pahat, Dr Norliza Mat Desa, semua wanita yang pernah atau aktif melakukan hubungan seks berisiko mendapat kanser serviks.

Tambah Dr Norliza, jangkitan virus Human Pappiloma Virus (HPV) merupakan faktor utama yang meningkatkan lagi risiko seseorang mendapat kanser serviks. Virus ini boleh disebarkan melalui aktiviti seks atau sentuhan.

“Aktiviti seks rambang, mempunyai pasangan yang juga melakukan hubungan seks dengan lebih daripada seorang pasangan atau mengadakan hubungan seks dengan orang yang dijangkiti antara punca individu itu boleh mendapat jangkitan virus HPV, seterusnya risiko mendapat kanser serviks.

“Faktor lain seseorang mendapat kanser serviks ini termasuk juga merokok, penggunaan ubat pencegahan kehamilan oral jangka panjang, mempunyai sejarah kanser serviks dalam keluarga atau rendah tahap imuniti dalam badan,” katanya.

Menurut Dr. Norliza, walaupun kanser seviks jarang menunjukkan simptom yang ketara pada peringkat awal, namun jika berlaku simptom seperti pendarahan faraj yang luar biasa, sakit pada pinggang atau bawah abdomen/pelvis, sakit atau tidak selesa semasa hubungan seks, lelehan faraj yang cair, berdarah dan berbau busuk.

Justeru, golongan yang berisiko ini dinasihatkan berjumpa dengan pakar ginekologi dengan segera.

“Kanser serviks merupakan sejenis penyakit yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk bermutasi. Oleh itu, saya menasihatkan wanita yang sudah berumah tangga menjalankan ujian pap smear setiap tiga tahun sekali.

“Ujian pap smear boleh dilakukan di hospital dan klinik kesihatan, atau klinik dan hospital swasta yang menyediakan kemudahan itu. Ujian ini tidak mengambil masa panjang dengan hanya mengambil sampel sel dari kawasan serviks untuk mendapatkan keputusan.” katanya.

Dr. Norliza juga menjelaskan bahawa, persepsi tentang pesakit kanser serviks mempunyai tabiat seksual seperti terlalu aktif dan kerap bertukar pasangan perlu dibetulkan kerana walaupun orang itu mempunyai seorang pasangan sahaja, mereka masih berisiko untuk mendapat jangkitan HPV yang boleh mengakibatkan kanser serviks.

Jelasnya lagi, HPV boleh dibendung dengan suntikan vaksinasi yang kebiasaannya diberikan sebanyak tiga dos dalam tempoh enam bulan untuk melengkapkan antibodi wanita melawan virus itu.

“Vaksin hanya boleh mencegah jenis jangkitan HPV tertentu dan tidak merawat jangkitan HPV yang sedia ada. Biasanya, vaksin patut diambil sebelum seseorang itu mula menjadi aktif secara seksual.

“Mencegah lebih baik daripada mengubati, saya menasihatkan semua wanita untuk melakukan ujian pap smear yang hanya mengambil masa hanya kurang dari satu minit sahaja kerana hasil ujian berkenaan boleh mengenal pasti tahap kesihatan pangkal rahim seseorang wanita.” kata Dr Norliza.

Berita berkaitan
Kesan masalah pendengaran bayi dan kanak-kanak
March 21, 2023· Isu semasa
Hentikan penyebaran Batuk Kering
March 15, 2023· Isu semasa
Pemakanan tidak sihat burukkan masalah diabetes
February 27, 2023· Isu semasa
Jangan biarkan stres menghantui anda!
February 13, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Pertuduhan terhadap Ke Ting cacat, tak ikut undang-undang: Pembela
13 minit lalu · Isu semasa
Najib habis saluran undang-undang untuk rayuan, kata pendakwa raya
24 minit lalu · Isu semasa
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
4 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
6 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok