‘Kancil legend’ kembali semula

'Kancil Legend' dilihat semula di sekitar Kepong di ibu negara.

Perodua ‘Kancil Legend’ yang sebelum ini menyepi dari jalan raya di Lembah Klang, kini muncul kembali dalam keadaan yang lebih teruk.

Kenderaan yang rosak teruk tetapi masih boleh digunakan itu dikesan oleh Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang Kepong, Kuala Lumpur yang kemudian memuatnaik video dalam Facebooknya.

Tetapi klip videonya itu adalah dalam bahasa Mandarin, bukan bahasa Melayu.

“Sekarang ini, kereta kancil ‘Legend’ ini sangat popular. Saya rasa saya sudah banyak tengok video dan gambar berkenaan kereta ini di FB, Twitter, Instagram dan Tiktok.

“Keberadaan kereta ini di jalan raya sangat membahayakan. Tayarnya sudah pecah dan kepala pemandu terkeluar dari kereta. Kalau dibiarkan di jalan raya, pasti akan berlaku sesuatu. Trafik di Kepong pula sentiasa sibuk,” tulis Lip Eng.

Katanya, pejabatnya sudah melaporkan kes ini kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dalam masa terdekat ini, kereta ini akan ditunda.

POPULAR