Kancil kuning tular di media sosial disita polis

April 25, 2021 · Isu semasa

Selepas tular sebuah kereta Perodua Kancil berwarna kuning dalam media sosial yang dipandu tanpa berbumbung, pihak polis akhirnya menyita kenderaan tersebut kerana tindakan pemilik kereta tersebut yang melanggar undang-undang jalan raya.

Kereta Kancil tersebut tersebut ditahan kira-kira jam 1 pagi semalam di Bandar Metropolitan, Kepong, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya.

“Hasil pemeriksaan kenderaan berkenaan didapati tidak mempunyai cukai jalan, tidak mempunyai bumbung selain tayar kereta hadapan sebelah kanannya telah pecah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas kereta kuning itu dilakukan berikutan satu video tular di aplikasi Tiktok berkaitan kenderaan itu.

Zulkefly berkata polis dalam masa sama membuat pemeriksaan ke atas pemilik kenderaan berkenaan yang berasal dari Raub, Pahang yang dipercayai gelandangan sebelum mendapati dia turut tidak mempunyai lesen memandu.

Beliau berkata lelaki itu turut menunjukkan sebuah lagi kereta Perodua Kancil berwarna hijau juga tidak mempunyai nombor pendaftaran selain cermin pecah pada bahagian pintu belakang sebelah kiri.

Menurutnya, polis menyita kedua-dua kereta berkenaan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana tidak layak untuk berada di atas jalan raya dan membahayakan kepada pengguna yang lain.

“Saman turut dikeluarkan terhadap pemandu itu atas kesalahan tiada lesen memandu,” katanya.

Berita berkaitan
Kerugian berkaitan jenayah komersial cecah RM5.2 bilion: Acryl Sani
June 25, 2022· Isu semasa
Beriadah boleh,  tetapi biarlah selamat
June 25, 2022· Isu semasa
Kanak-kanak tertelan dadah semakin stabil, sudah bernafas: PDRM
June 22, 2022· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan selepas cederakan EXCO DAP di Pulau Pinang
June 19, 2022· Isu semasa
Popular
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
7 minit lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
20 minit lalu · Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
30 minit lalu · Isu semasa
Isu harga barang, PM bidas pembangkang fitnah kata kerajaan tak peduli
38 minit lalu · Isu semasa
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok