Kanak-kanak tiga tahun kritikal, doktor temui dadah dalam badan

June 20, 2022 · Isu semasa

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari Kampung Sri Bintang dekat Kuala Krai, Kelantan berada dalam keadaan kritikal selepas doktor menemui dadah di dalam badannya semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang penagih dadah berusia 30 tahun yang merupakan bapa saudara mangsa.

Menurutnya mangsa dibawa ibunya ke hospital dalam keadaan kritikal malam semalam.

Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh doktor hospital Kuala Krai yang merawat kanak-kanak itu semalam.

“Polis menerima laporan daripada hospital kira-kira jam 5 pagi semalam dan segera menghantar pasukan untuk menyiasat,” katanya selepas Himpunan Bulanan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan menyampaikan surat penghargaan kepada pegawai dan anggota yang cemerlang dalam penugasan.

Menurutnya polis dimaklumkan oleh doktor yang merawat kanak-kanak lelaki itu bahawa dadah yang ditemui dalam badannya adalah daripada jenis methamphetamine.

“Siasatan mendapati kanak-kanak lelaki ini dipercayai dibawa bapa saudaranya ke suatu tempat dan belum dapat dipastikan lagi sama ada mangsa diberikan dadah atau dibiarkan terdedah dengan bahan larangan itu sebelum memasukkannya dalam badan.

“Susulan itu, bapa saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan jam 10 malam dan soal siasat yang dibuat, suspek mengaku membawa anak saudaranya itu ke sesuatu tempat tapi menafikan ada memberinya dadah,” katanya

Beliau menambah kanak-kanak itu kemudiannya dipindahkan ke hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Baru.

Katanya, hasil ujian saringan yang dibuat ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methampethamine dan turut memiliki tiga rekod lampau bersabit dadah.

“Permohonan reman akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Terdahulu, Muhamad Zaki merasmikan majlis Himpunan Bulanan di perkarangan IPK dan menyampaikan surat penghargaan kepada pegawai dan anggota yang cemerlang dalam penugasan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
Permohonan rayuan peguam Najib gantung saman LHDN RM9.41 juta pada 16 Jun
February 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
11 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
11 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok