Kanak-kanak tertelan dadah semakin stabil, sudah bernafas: PDRM

June 22, 2022 · Isu semasa

Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan yang sebelum ini kritikal selepas dipercayai terambil dadah, kini dilaporkan semakin pulih selepas mendapat rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-Kanak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kanak-kanak tersebut kini sudah dapat bernafas secara normal dan tidak lagi menggunakan alat bantuan, lapor Bernama.

Beliau berkata sekiranya keadaan terus menunjukkan perkembangan positif kemungkinan kanak-kanak tersebut akan dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai tidak lama lagi.

“Alhamdulillah keadaan kanak-kanak ini semakin pulih dan kita semua mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.

“Dia mungkin akan dipindahkan ke HSIP bagi memudahkan anggota keluarga melawat dan menjaganya,” katanya kepada pemberita selepas hadir bertemu ibu mangsa di HRPZ II di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhamad Zaki bersama rombongan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bersama Pemangku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kelantan Datin Suzana Yashin menyampaikan kurniaan daripada Yang Amat Mulia Raja Perempuan Tengku Anis kepada ibu mangsa.

Sementara itu, ibu mangsa yang berusia 36 tahun ketika ditemui berkata dia bersyukur keadaan anak bongsu daripada tiga beradik itu semakin pulih.

Dia berkata semua sumbangan daripada orang ramai yang prihatin termasuk sumbangan daripada Yang Amat Mulia Raja Perempuan Tengku Anis akan digunakan sebaik mungkin untuk keperluan anaknya itu.

“Anak saya kini sudah boleh makan melalui saluran tiub dan berharap dia terus menunjukkan perkembangan yang lebih baik selepas ini,” katanya yang turut mengagahkan diri menjaga anaknya walaupun menahan keperitan kerana turut menghidap kanser tahap empat.

Dalam kejadian Ahad lepas, kanak-kanak terbabit kritikal dan terpaksa ditidurkan selepas dipercayai ‘terambil’ lebihan dadah jenis Methamphetamine selepas ditinggalkan di dalam kereta oleh suspek (bapa sepupunya) ketika dibawa keluar di kawasan Kampung Sri Bintang, Kuala Krai.

Suspek berumur 30 tahun itu yang juga penagih tegar kini masih ditahan reman untuk siasatan lanjut oleh polis.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok