Kanak-kanak lima tahun maut disengat obor-obor di Pangkor

August 17, 2022 · Isu semasa

Seorang kanak-kanak lelaki warga Perancis berusia 5 tahun maut selepas disengat obor-obor ketika berenang di pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor di Lumut, pada Isnin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, mangsa dipercayai disengat di perut, tangan kiri dan kaki kiri.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pangkor.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi hari ini berkata polis telah dihubungi oleh kakitangan klinik, yang melaporkan bahawa budak lelaki itu telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan ke atas mayat mangsa mendapati terdapat kesan luka dipercayai sengatan obor-obor di perut, tangan kiri dan kaki kiri. Kematian budak lelaki itu disahkan oleh pegawai perubatan.”

Nor Omar berkata budak lelaki itu dan keluarganya datang ke Pangkor untuk bercuti.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya sambil menambah mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

Berita berkaitan
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022· Isu semasa
Polis tahan wanita dera anak saudara sehingga mati
August 17, 2022· Isu semasa
Ibu tunggal dibenar cabar tindakan bekas suami daftar anak peluk Islam
August 1, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan mohon hukuman penjara ditambah 3 bulan terhadap Lokman
September 29, 2022
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
September 29, 2022
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
September 29, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
10 jam lalu · Isu semasa
Bursa ditutup rendah lagi, susut bawah paras 1,400
10 jam lalu · Isu semasa
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
6 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok