Kanak-kanak lelaki 4 tahun maut jatuh tingkat 35 kondominium

July 19, 2022 · Isu semasa

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 35 sebuah kondominium di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana dekat Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada pengawal keselamatan di kondominium tersebut pada 2.20 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak yang merupakan warga asing itu dibawa ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah sambilan ke sebuah unit di kondominium terbabit untuk mengambil upah membasuh dan melipat baju.

“Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik itu ditinggalkan seorang diri oleh ibunya berusia 36 tahun di ruang tamu rumah kerana sedang tidur sebelum wanita itu turun untuk membasuh pakaian di (kedai) dobi di bawah rumah.

“Kanak-kanak itu dipercayai telah bangun daripada tidur dan membuka pintu gelongsor sebelum memanjat kerusi yang berada di balkoni,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata ketika kejadian bapa kanak-kanak itu sedang bekerja di Petaling Jaya dan semakan mendapati ibu bapa mangsa tinggal di negara ini sejak lima tahun lepas.

Katanya, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk bedah siasat dan setakat ini tiada tangkapan dibuat serta siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak. – Bernama

Berita berkaitan
Ahli perniagaan mengaku tak bersalah ubah wang haram RM2.04 juta
20 jam lalu· Isu semasa
Polis tahan wanita dera anak saudara sehingga mati
23 jam lalu· Isu semasa
13 individu dipanggil polis berhubung himpunan bantah skandal LCS
August 16, 2022· Isu semasa
Polis tahan lelaki letak vape dalam mulut bayi
August 9, 2022· Isu semasa
Popular
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Zahid tukar reka bentuk LCS walaupun TLDM tidak setuju
August 17, 2022
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
August 17, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket penipuan pembantu rumah ligat ketika krisis Covid-19
44 minit lalu · Isu semasa
3,516 kes semalam, 15 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib bermula hari ini
2 jam lalu · Isu semasa
Malaysia berhasrat belajar dari Thailand halal ganja perubatan
12 jam lalu · Isu semasa
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok